in , , ,

Teka-teki Peminat Akhirnya Terjawab! Aishah Muncul Ganti Siti Nurhaliza di SFMM35

25 tahun lalu, beliau membawa lagu idolanya dalam sebuah pertandingan. Momen Camar Yang Pulang itu terpahat dalam ingatan setiap pencintanya. Siapa sangka, hari ini idolanya pula menyanyikan lagunya. Rasa penghargaan beliau pada idolanya cukup tinggi. Apa apapun syabas Kak Aisyah, bukan satu tugas yang mudah menyanyikan lagu Siti Nurhaliza.

TEKA-TEKI akhirnya terjawab apabila penyanyi Aishah muncul menyanyikan lagu ciptaan Ippo Hafiz iaitu Aku Bidadari Syurgamu menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza pada malam Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang berlangsung malam, Sabtu.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 41, memberitahu, pihaknya tidak berniat untuk merahsiakan perkara itu namun banyak proses yang perlu dilalui bagi mencari pengganti yang sesuai menyanyikan lagu berkenaan.

SITI NURHALIZA
Siti mengucapkan terima kasih kepada Aishah.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada Aishah kerana sudi menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di #SFMM malam ini.

“Tidak ada niat menyembunyikan atau berteka-teki tetapi semuanya sudah dipersetujui terutama ketika pihak label dan Ippo Hafiz belum lagi menamakan atau mendapatkan penyanyi untuk lagu ini.

“Banyak proses dilalui dan alhamdulillah, dipermudahkan dan akhirnya kak Aishah tampil malam ini, ” ujarnya.

– Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Dalam pada itu, Siti berkata, kesudian Aishah menyanyikan lagu itu adalah satu penghargaan buat dirinya berikutan pernah menyanyikan lagu penyanyi berkenaan sewaktu pertandingan Bintang HMI pada tahun 1995.

“Terima kasih Kak Aishah, sebelum ini saya yang menyanyikan lagu beliau dalam persembahan masa belum menjadi artis, kemudian saya sampaikan lagu Camar Yang Pulang sewaktu bertanding Bintang HMI 1995.

“Hari ini, satu penghormatan buat saya apabila beliau menyanyikan lagu saya, ” ujarnya.

– – Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Sebelum ini, nama penyanyi Misha Omar dan Liza Hanim dikaitkan menjadi pengganti bagi menyanyikan lagu tema 7 Hari Mencintaiku 2 itu.

Persetujuan Aishah Suatu Penghormatan – Siti Nurhaliza

Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan pemilihan Aishah mendendangkan lagu popularnya, Aku Bidadari Syurgamu pada Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) Ke-35, malam tadi, sebagai detik bersejarah.

Siti memberitahu, persetujuan Aishah untuk menggalas tanggungjawab itu dianggap suatu penghormatan.

“Apabila Kak Aishah bersetuju menyanyikan lagu itu, Siti anggap ia suatu penghormatan. Sebelum jadi penyanyi, ketika buat persembahan di majlis orang kahwin dan sebagainya, Siti sering menyanyi lagu Kak Aishah.

“Ketika menyertai Bintang HMI peringkat akhir, Siti menyampaikan lagu Kak Aishah. Kali ini, giliran Kak Aishah pula…. Ini seperti suatu sejarah bagi Siti,” katanya kepada BH Online.

Malam tadi, menjawab teka-teki ramai, Aishah tampil menggantikan Siti mendendangkan lagu ciptaan Ippo Hafiz dan lirik dihasilkan Siti Rosmizah itu, pada SFMM 35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Sebagai bekas anak didik kepada komposer terkenal, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan, penyanyi Anta Permana ini berkata, Aishah menjadi pilihan tepat kerana melodi lagu itu mempunyai sentuhan serupa dengan karya dihasilkan komposer terbabit.

“Bagi Siti, lagu ini dapat  mengembalikan kegemilangan muzik zaman 1990-an dan mengingatkan kembali lagu dicipta arwah. Pastinya, anak-anak didik arwah sinonim dengan rentak lagu seperti ini.

“Kak Aishah tentulah salah seorang daripada anak didik arwah dan saya yakin beliau dapat menyampaikan lagu ini dengan baik,” katanya.

Keputusan mencari penyanyi gantian dibuat selepas pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali melalui Jerat Percintaan, Cindai dan Balqis itu memutuskan untuk tidak lagi bertanding di pentas itu.

Sebelum ini, beberapa nama di sebut-sebut sebagai penyanyi yang bakal menggantikan Siti seperti Misha Omar dan Liza Hanim.

Bagaimanapun, Misha dan Liza masing-masing menafikan mereka adalah penyanyi dimaksudkan.

*Sumber: BH Online

What do you think?

24 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Atiq Azman Bikin Peminat Patah Hati Hadiahkan Sejambak Bunga Kepada Najiaa

Persaingan SFMM35 Makin Sengit, 7 NASIHAT Diangkat Sebagai Lagu Terbaik