in ,

Atilia Jadi Isteri Lat dalam Lat Kampung Boy

Lat Kampung Boy karya Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat akan dipentaskan dalam bentuk teater muzikal di Istana Budaya pada 16 Mac hingga 3 April 2011 ini.

Teater terbitan bersama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Tall Order Production (TOP) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) itu merupakan teater pertama yang mengadaptasi daripada sebuah novel grafik ke bentuk teater muzikal.

Sidang media yang kedua telah diadakan pada jam 3 petang tadi di Istana Budaya untuk mengumumkan barisan pelakon baru teater ini serta penaja.

Atilia

Antara pelakon wanita yang hadir ialah Atilia yang membawa watak kepada teman wanita Lat iaitu Faezah. Menurut Atilia, chemistry atau keserasian beliau bersama Awie semakin lama semakin baik kerana beliau begitu senang bekerja dengan Awie yang tidak banyak kerenah dan senang dibawa berbincang.

Mungkin kerana itu, Atilia menyahut cabaran ini. Apatah lagi Atilia sebenarnya kagum dengan bakat Lat dan penyanyi Awie.

Atilia memegang watak Faizah iaitu isteri kepada Lat dan akan menyanyikan tiga buah lagu dalam pementasan muzikal di bawah arahan Hans Isaac dan Harith Iskander itu.

Dia bukan sahaja perlu menyanyi secara solo dalam sebuah lagu malah perlu menyampaikan sebuah lagu duet dengan Awie dan sebuah lagi berduet dengan Sandra.

Menurut penerbit Tall Order Productions serta pengarah teater tersebut, Hans Isaac, pementasan teater ini juga bersempena ulang tahun kelahiran Lat ke 60 yang disambut pada 5 Mac.

Selain itu sebanyak 14 buah lagu baru juga akan dicipta khas oleh Michael Veerapen dan lagu yang dihasilkan ini ditulis oleh Adlin Aman Ramlie untuk bahasa Melayu dan Harith Iskandar untuk bahasa Inggeris.

Selain Atilia, pelakon yang bakal menyertai pementasan Lat Kampung Boy ialah Awie sebagai Lat, Daniel Shazique Eezkandar Azraien sebagai Lat di zaman kanak-kanak, Jalil Hamid (Bapa Lat), Datuk Rahim Razali (Pak Samad), Douglas Lim (Franky, kawan baik Lat), Nicholas Low Weng Wye sebagai Frankie kanak-kanak, Puspa Narayan sebagai Ms Thambidan Sandra Sodhy sebagai Mrs Hu.

Tiket berharga dari RM30 hingga RM230 boleh dibeli menerusi laman web Ticket2u.biz atau hubungi 03-41478600.

Atilia

Atilia

Atilia

Atilia

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Anuar Zain di Prebiu Media Hikayat Merong Mahawangsa

Gambar Lisa Surihani di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa