in

Gambar Lisa Surihani di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa

Gambar Lisa Surihani di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa yang turut hadir untuk menyokong dan menonton buat pertama kali pastinya buah tangan terbaru lakonan rakan baiknya, Ummi Nazeera.

Pelakon yang baru sahaja menghabiskan pengambaran drama ZOO ini tampil kasual dan santai di Majlis Prebiu Media Filem Hikayat Merong Mahawangsa yang diadakan di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara jam 8 malam pada 7 Mac 2010 lalu. ZOO menggandingkan Lisa Surihani bersama dengan pelakon kanak-kanak comel Mia Sara dan Cat Farish, bakal ditayangkan di Astro Ceria.

Selepas menonton, Lisa Surihani turut hadir di sidang media yang diadakan di Platinum Suites dan buat pertama kalinya, Lisa mengajukan pertanyaan kepada Ummi Nazeera. Soalan Lisa agak panas juga. Mmm, nampaknya ada bakat jadi wartawan jugak si Lisa ni. Lisa bertanya apakah perasaan Ummi Nazeera semasa melakonkan watak Embok yang terpaksa berada beberapa inci dengan heronya yang segak perkasa itu.

Lisa juga turut memberikan pendapat peribadinya tentang filem ini di laman sosial Twitter miliknya:

@lisasurihani: Merong Mahawangsa sets the benchmark. Lost of words coz I think whatever I say wud be an understatement. 10 stars.

Lisa Surihani Merong

Lisa Surihani Merong

Lisa Surihani Merong

Lisa Surihani Merong

Lisa Surihani Merong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Atilia Jadi Isteri Lat dalam Lat Kampung Boy

Apa Ada Pada Hikayat Merong Mahawangsa