in , ,

Atilia Haron Rupanya Dah 3 Tahun Bercerai, Kini Jalin Cinta Dengan Pengarah

Penyanyi, Atilia Haron mengesahkan statusnya kini sudah tiga tahun bercerai dengan bekas suami, Adam Sofian.

Atilia, 49, berkata, hubungannya dengan bekas suami bagaimanapun masih lagi sebagai sahabat memandangkan mereka bekerja dalam industri sama.

“Dah lama sebenarnya, iaitu sejak sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi. Tapi, saya dan Adam masih berkawan baik sebab masing-masing bekerja di dalam industri sama,” 

– Atilia

Kini, Atilia sedang menjalin hubungan cinta dengan pengarah, Shimy Latif yang juga pengarah video muzik single baharunya, Cinta Sampai Mati.

“Ya, ada. Namanya Shimy Latif. Dialah yang mengarahkan video muzik single baharu saya, Cinta Sampai Mati ini. Saya dah kenal dia sejak dua tahun lalu.
“Dia adalah pengarah untuk video muzik, pengarah iklan online, dokumentari dan sebagainya. Dia orang industri, tapi seorang yang introvert.
“Alhamdulillah, dia memahami kerjaya saya dan kami pun masing-masing melihat hala tuju hubungan ini,”

– Atilia

Ditanya sama ada hubungan ini akan menjadi kali ketiga dia mendirikan rumah tangga, Atilia berkata, dia dan Shimy belum merancang apa-apa.

“Mestilah semua orang nak berkahwin. Tapi, buat masa sekarang, kami tak rancang apa-apa lagi sebab saya nak fokus kepada kerjaya muzik saya,”

– Atilia

Atilia ditemui di sisi tayangan pelancaran dan tayangan video muzik Cinta Sampai Mati, ciptaan komposer Indonesia, Choky Naggolan.

Video muzik Cinta Sampai Mati menampilkan sahabat-sahabat Atilia iaitu Serena C, Sazzy Falak, Yasmin Hani, Aisyah Sinclair, Daphne Iking dan Dynas Mokhtar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YASSIN SENARIO

Hamdan Tak Tunjuk Tanda Tidak Sihat, Minta Maaf Sebelum Diintobasi – Yassin

RTM Lancar Program 34-Je Kita Suka, Himpun 34 Stesen Radio RTM Satu Bumbung