in ,

Atikah Suhaime Sibukkan Diri Dengan Kerjaya Lupakan Kekecewaan

Setelah hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Awi Rafael pada Mac lalu musnah, pelakon Atikah Suhaime kini lebih banyak memberi fokus kepada kerjaya seninya.

Menurut Atikah, dengan jadual seninya yang kini semakin padat, ia sekurang-kurangnya dapat melupakakan kekecewaan terhadap segala impian yang telah berlalu.

Puteri Gunung Ledang - Atikah Suhaimi

“Alhamdulillah… setakat ni saya memang terima banyak tawaran berlakon. Selain di Malaysia, saya juga kini turut aktif berlakon di Indonesia.

“Sejujurnya, ini adalah masa yang sangat sibuk buat diri saya. Rasanya kalau tidak sesibuk sekarang, mungkin saya akan terfikirkan perkara lalu yang membuatkan saya rasa kecewa,”

– Atikah

Farah berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui semasa majlis pelancaran program raya Astro yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Awi, pelakon kelahiran Singapura itu mengakui mereka masih lagi saling berhubung. 

Ujarnya, hubungan mereka berdua juga tetap rapat memandangkan masing-masing sudah berkawan selama tujuh tahun.

“Kalau boleh saya tidak mahu putuskan ikatan persahabatan kami. Saya anggap apa yang berlaku itu memang tiada jodoh kami berdua,”

– Atikah

Menurutnya, buat masa ini dia sememangnya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja. 

Sumber: Kopiplanet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tampilkan Gaya Mempesona Anda Dengan Nala Raya ini

Ain Edruce Sibuk Rancang Majlis Pertunangan, Tolak Tepi Persiapan Raya