in ,

Tampilkan Gaya Mempesona Anda Dengan Nala Raya ini

Serlahkan diri anda Raya kali ini dengan koleksi busana fesyen perayaan daripada Nala yang menampilkan cetakan berani dan corak indah cetusan berinspirasi Malaysia.

Buat pertama kali, jenama tempatan ini menghasilkan deretan baju kurung, kebaya dan sarung untuk Raya ini menerusi pelbagai pilihan corak rekaan tangan yang unik dengan pelbagai pilihan corak dan warna.

Komited terhadap warisan Malaysia, corak yang dihasilkan tangan dengan begitu teliti memberi penghormatan bukan saja kepada kepelbagaian budaya negara ini malah unsur-unsur mengagumkan hasil cetusan inspirasi flora, fauna dan motif vintaj tempatan, yang turut menyerlah dalam koleksi terkini.

Come To Nala'S Pasar Gaya On May 1

Corak yang diketengahkan dalam koleksi Raya ini merupakan cetusan inspirasi daripada budaya minum teh dan kopi di Malaysia yang berakar umbi daripada pedagang seluruh dunia yang belayar ke pelabuhan negara kita.

Diberi nama “Kopi Teh”, koleksi ini memberi penghormatan kepada warisan ini dengan corak berilhamkan rekaan bunga-bungaan daripada cawan porselin serta kekisi dan kerja jubin yang teliti ketika era kopitiam terdahulu, serta diberikan nama mengikut pelbagai jenis teh kegemaran.

“Diilhamkan daripada persekitaran saya sama ada alam semula jadi, senibina atau khazanah warisan negara ini seperti kedai kopitiam dan budaya menikmati teh daripada teh tarik, teh masala hinggalah cha, setiap corak saya mempunyai cerita tersendiri.

Nala membawakan corak kontemporari dari masa silam, dengan setiap rekaan tangan punya jiwa yang menarik perhatian semua daripada pelbagai latarbelakang dan tak lapuk dek zaman,”

– Lisette Scheers, pengarah kreatif dan pengasas Nala.

Ia diperbuat daripada pilihan kain kapas ringan untuk keselesaan pada hari yang panas serta 100% satin kapas untuk rasa mewah apabila berziarah sepanjang hari. Baju kurung (RM399) boleh didapati dalam 8 corak manakala kebaya (RM199) dan sarung (RM299) dijual berasingan agar ia mudah disuai padan.

Menerusi pembelian melebihi RM500 daripada koleksi “Kopi Teh”, pelanggan akan menerima set percuma sampul Raya Nala yang direka khas untuk musim perayaan ini.

Koleksi Raya akan dilancarkan di Nala’s Kampung House yang baru dibuka semula di Bangsar pada 1 Mei ini. Dibuka dari jam 11 pagi hingga 8 malam, “Pasar Gaya Nala” akan memaparkan koleksi baru baju kurung, kebaya dan sarung, berserta fabrik dan kuih untuk jualan bagi menyemarakkan semangat dan aktiviti Raya buat kanak-kanak. 

Sarong Pine Red_1 Copy

Pelanggan boleh juga melihat rekaan musim perayaan Nala di kedainya di ROBINSONS SHOPPES @ Four Seasons Place dan Bangsar Village II, atau membeli-belah secara dalam talian di www.naladesigns.com dan www.fashionvalet.com

Nala sudah bertapak lama sejak memulakan operasi pada tahun 2008, yang berkembang daripada kraf kertas kepada rangkaian busana, aksesori fesyen dan hiasan dalaman rumah yang menjadi tunjang kepada reputasi Nala. Sehingga kini, Nala juga berada di Perancis, Belgium, Itali, Switzerland, Hong Kong, Singapura, Kemboja dan Thailand.

Laman web: www.naladesigns.com

Facebook / Instagram            :naladesigns

#naladesigns #wemaketheworldbeautiful

Stand Out In This Bold Roselle-Inspired Sarong

NALA BERSEDIA UNTUK PERJALANAN YANG MAMPAN 

Kombinasi unik seni, fesyen dan alam sekitar

Syarikat ini memperluaskan laluan yang lebih hijau dengan mengubah pengeluaran mereka ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Sebagai sebahagian daripada Zero Waste Movement, Nala mengambil langkah mengitar semula sisa fabrik untuk dijadikan barangan mainan, cenderahati dan bekas barangan praktikal.

Sehubungan itu, jenama tersebut memperkenalkan mainan lembutnya, nalapinou, yang keseluruhannya diperbuat daripada sisa fabrik. Nama tersebut daripada kombinasi Nala dengan “lapinou” iaitu panggilan nama “lapin” dalam bahasa Perancis yang bermaksud arnab.

Nalapinou begitu menyelami semangat keanak-anakan dan pada masa yang sama, menghormati alam sekitar dan penghuninya.

MENGENAI LISETTE SCHEERS

Dilahirkan di Singapura, dibesarkan di Malaysia dan memperoleh didikan di Netherlands, Lisette Scheers memperoleh inspirasinya daripada kecintaannya terhadap Malaysia yang digelar kediamannya.

Scheers memperoleh inspirasinya daripada warisan rakyat negara ini dan salah satu matlamatnya adalah untuk memelihara budaya yang hadir bersama simbol dan cerita yang begitu utuh. Keunikan jenama ini terhasil daripada corak lukisan tangannya yang begitu teliti. Tiada satu pun motif dihasilkan oleh ilustrasi komputer, justeru beliau percaya setiap corak dan rekaan memiliki jiwa tersendiri. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nora Danish Tarik Diri Dari Perniagaan Kosmetik Ohmostwanted

Atikah Suhaime Sibukkan Diri Dengan Kerjaya Lupakan Kekecewaan