in ,

Asyraf Muslim Mahu Berkahwin Kali Kedua Kerana Zuriat?

Gossip dan khabar angin tentang keretakan rumah tangga pelakon Ashraf Muslim dan isterinya, Dayana kini hangat diperkatakan. Melalui Forum Cari, Ashraf Muslim dikatakan telah pergi ke Mahkamah Syariah untuk membuka fail bagi berkahwin kali kedua dengan keizinan isterinya. Adakah ini benar?

Ashraf dikatakan bertindak demikian kerana mereka masih tidak lagi dikurniakan cahaya mata walaupun sudah tiga tahun berkahwin.

Tampil memberi penjelasan menerusi Kosmo!, Ashraf Muslim enggan mengulas lanjut tentang perkara itu namun mengakui rumah tangganya mempunyai isu.

“Saya ada ke sana (mahkamah syariah) tapi saya tidak boleh komen lanjut atas sebab apa. Saya tidak perlu cakap (rumah tangga bergolak atau tidak). Memang ada isu tapi saya tidak boleh cerita sekarang.”

Ashraf dan Dayana telah disatukan pada 30 Ogos 2011 di Tanah Suci, Mekah.

Ashraf Muslim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Artis di Karnival Seni Kreatif Kita Hujung Minggu Ini

Sinopsis Filem Tujuh Lakonan Cristina Suzanne & Johan As’ari