in , , ,

CuteCute

Sinopsis Filem Tujuh Lakonan Cristina Suzanne & Johan As’ari

Sudahkah anda menonton trailer filem TUJUH? Ya, Filem lakonan Cristina Suzanne & Johan As’ari ini sangat dinantikan oleh peminat filem seram. Sebelum menonton apa kata kita baca dulu sinopsis filem TUJUH!

Filem Tujuh lakonan Cristina Suzanne & Johan As’ari bakal menggegarkan pawagam tak lama lagi. Namun, apakah yang menariknya tentang filem ini? Apa yang membuatkan anda buat carian di google tentang filem ini? Gabungan pelakon, jalan cerita atau gaya sinematografi? Sama-sama kita tonton nanti.

7 Sekawan. 7 Dosa. 7 Dendam: Seram Wei Tengok Trailer Filem TUJUH

Sebelum baca sinopsis filem TUJUH, apa kata jom kita tengok dulu teaser yang disiarkan di saluran Youtube Primeworks Studios – Film

Berlatar Belakangkan Tahun 1977

Mengisahkan sekumpulan remaja Sam, Mus, Ray, Ilyas, Yasmin, Tina dan Emma yang menghabiskan semester break mereka dengan mengadakan parti di rumah persinggahan keluarga Ilyas di atas sebuah bukit.

TRAILER TERBARU FILEM TUJUH:

Sinopsis Filem Tujuh

Rumah persinggahan tersebut dijaga seminggu sekali oleh Tok Batin dan anaknya Suri. Sam meminta Suri berada di situ semasa parti untuk membantunya serve tetamu yang datang.

Parti liar menjadi tidak terkawal apabila salah seorang dari mereka bertujuh merogol Suri ketika parti berlangsung. Sebaik sahaja parti berakhir Suri bersemuka dengan Sam dan rakan-rakannya dan bersumpah akan membalas dendam dengan membunuh mereka menerusi mimpi. Suri kemudian terjun membunuh diri.

Amaran yang dirasakan gurauan menjadi benar apabila Yasmin dijumpai mati tergantung keesokkan harinya.

Malah satu-satu daripada mereka hilang secara misteri. Dapatkah mereka yang tinggal melarikan diri daripada sumpahan Suri?

Pelakon Filem Tujuh

TAJUK : TUJUH (Working Title)
KATEGORI : FILEM
DURASI : 90 MINIT
GENRE : Action, Thriller, Horror
BAHASA : BAHASA MALAYSIA
PENULIS SKRIP : ELLYNA AHMAD

PARA PELAKON
1. Johan As’ari
2. Pekin Ibrahim
3. Syahrul Ridzwan
4. Aeril Zafril
5. Aaron Aziz
6. Wan Hanafisu
7. Marsha Milan
8. Cristina Suzanne
9. Siti Saleha
10. 10.Dee Dee Nash

LOGLINE : ‘Apabila maut menjemput didalam mimpi‘

Selain filem seram, korang juga mungkin berminat menonton filem aksi macam INI.

Raja Mukhriz Berdebar Menantikan Tayangan Filem TUJUH

Filem bergenre seram yang dijangka menemui penonton pada awal November ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Johan A’sari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Siti Saleha, Cristina Suzanne dan Marsha Milan.

Melihat kepada gelombang industri perfileman yang kini sedang mengalami perubahan positif apabila ramai peminat mula membanjiri pawagam untuk menyokong karya tempatan, Raja Mukhriz mempunyai keyakinan naskhahnya itu mampu mendapat tempat di hati penonton.

“Saya berdebar kerana itu perkara normal bagi semua pengarah atau penerbit apabila karyanya akan ditayangkan.

Namun, dalam masa sama, saya gembira kerana Tujuh bakal ditayangkan pada saat industri sudah mulai berubah ke arah positif yang menyaksikan lebih ramai masyarakat mahu datang ke wayang untuk menonton filem tempatan.

Saya berharap mood atau semangat ini tidak hanya terhenti untuk filem Munafik 2 dan Hantu Kak Limah sahaja, malah berterusan sampai bila-bila.”

“Sebenarnya saya tidak suka cerita seram tetapi inspirasi filem Tujuh ini datang daripada pengalaman saya sendiri sewaktu kecil dahulu. Sejak dahulu, saya memang suka menghasilkan filem yang bersifat lokal atau tempatan kerana ia lebih dekat dengan masyarakat kita.

Meskipun filem Tujuh ini bukan kisah hantu tradisional seperti langsuir atau pontianak, namun ia mempunyai mesej tersendiri. Ia sebuah kisah seram tempatan tetapi memiliki ciri-ciri antarabangsa. Itu kelebihan filem Tujuh.” – Raja Mukhriz

Nantikan filem TUJUH yang akan ditayangkan di pawagam November 2018.

What do you think?

72 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. sinopsis flm 7 biasa je..
    jalan cerita mcm pernah dengar je..
    7 sekawan..melancong..bercuti
    kes rogol.. bunuh diri…balas dendam..
    best cerita seram thailand lagi
    …pengarah dh kering idea ke nk wat cerita hantu..
    cuba wat cerita cam ni

    sekempulan perlajar pergi keteluk batik perak..ade jambori pesatuan pengakap..maria seorang yg happy go lucky..tetiba dirasuk ketika membuat persembahahan malam jambori..lagu ulit mayang betul2 berhantu.. angin kuat ..pokok kencang ditiup angin ..maria mejerit ketakutan melihat wajah nenek tua yg hodoh melintas depan mata ketika menari ulit mayang. kehadiran nenek berwajah hodoh itu tidak diundang dan tidak dijemput tapi dia datang sebab maria kesepian..kerana kesepian maria ditemani makluk halus….maria adalah aku..kisah aku lg seram untuk digambarkan tapi dapat dirasai dan dapat diselami oleh aku sorang..

  2. klau plotnya lengkap…ada ppermulaan mendatar…ada konflik …dan ada msj dan unexected ending menariklah…

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Asyraf Muslim Mahu Berkahwin Kali Kedua Kerana Zuriat?

Amazing Thailand Grand Sale with AirAsia’s Promotional Fares