in

OMG!OMG!

Aqeesh Aleeya Juara BAKAT OHSEM MALAYSIA

Membuktikan bahawa umur hanyalah angka, peserta paling muda bagi rancangan realiti bakat dalam talian, Bakat Ohsem Malaysia anjuran hurr.tv Aqeesh Aleeya diumumkan sebagai pemenang bagi peringkat akhir rancangan berkenaan yang diadakan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Petaling Jaya.

PENYANYI 13 TAHUN PEMENANG RANCANGAN REALITI BAKAT DALAM TALIAN ‘BAKAT OHSEM MALAYSIA’ ANJURAN HURR.TV

(L-R), Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly, Aqeesh Aleeya _ Ketua Kandungan dan Perancangan Strategik hurr.tv, Khairi Zulkifli

Aqeesh Aleeya menerima wang tunai RM100,000 dan Proton Saga 1.3(A)

(L-R), Nasty Rock Crew (tempat ke-3), Aqeesh Aleeya (juara) dan Yazmin Aziz (naib juara) Bakat Ohsem Malaysia

Peserta muda dari Selangor itu menewaskan tujuh lagi peserta untuk membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000, sebuah Proton Saga 1.3(A) dan trofi. Aqeesh mempersembahkan lagu berjudul ‘Birds Set Free’ pada pusingan pertama pertandingan dan lagu berjudul ‘Langit Cinta’ pada pusingan kedua yang nyata menambat hati juri serta undian daripada orang ramai. Kumpulan tarian gaya bebas dan urban, Nasty Rock Crew yang terdiri daripada lima ahli dari Selangor, Muhammad Amirul Hakim Bin Jeffriden (19), Muhamad Alfi Rahim Bin Hambali (21), Muhammad Firdaus Bin Nor Afandi (15), Muhammad Shazmir Bin Norazmi (17) and Muhammad Aniq Syafiq Bin Jemain (19) merupakan naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi.

Manakala tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai RM8,000 dan trofi adalah milik penyanyi berusia 18 tahun dari Kuala Lumpur, Yazmin Aziz yang mempersembahkan nyanyian berjudul ‘Ulek Mayang’ dan ‘Only Love Can Hurt Like This’ masing-masing pada pusingan pertama dan kedua pertandingan.

Pencarian BOM berlangsung selama dua bulan antara pertengahan September hingga pertengahan November di mana hurr.tv telah menerima ratusan video dari seluruh negara yang mempamerkan pelbagai bakat antaranya nyanyian, tarian, silap mata dan persembahan kreatif. Setelah melalui proses saringan pilihan juri, wildcard dan peringkat separuh akhir, lapan video terbaik hasil undian orang ramai dan markah daripada juri layak memasuki peringkat akhir.

Kesemua lapan peserta akhir Bakat Ohsem Malaysia

Lapan finalis berkenaan adalah:

1. Iskandar Zambri (Beatbox)

2. Aqeesh Aleeya (Nyanyian)

3. Aizat Osman (Cardistry atau persembahan kad)

4. Adib Yusof (Nyanyian – Soprano)

5. Yazmin Aziz (Nyanyian)

6. Mohd Nuriqram (Tarian)

7. Mathura Bashinii (Rap)

8. Nasty Rock Crew (Tarian)

Pengacara pada pertandingan itu adalah personaliti radio, Haniff Hamzah manakala barisan juri terdiri daripada selebriti Aizat Amdan dan Sherry Al Hadad serta juri jemputan, pelawak-pelakon dan penyampai radio, Nabil Ahmad.

Peserta telah dinilai berdasarkan empat kriteria iaitu kreativiti, bakat, impak persembahan dan persembahan pentas yang merangkumi 50 peratus markah. Manakala, 50 peratus markah lagi adalah daripada orang ramai yang telah membuat undian bermula 20 Disember 2017 hingga peringkat akhir iaitu 23 Disember 2017 yang dilakukan menerusi laman web hurr.tv. Selepas peringkat pertama, hanya lima peserta dengan markah tertinggi sahaja berjaya mara ke peringkat kedua pertandingan iaitu Aqeesh Aleeya, Adib Yusof, Yazmin Aziz, Mathura Bashinii dan Nasty Rock Crew.

Juri selebriti (L-R), Aizat Amdan, Sherry Al Hadad _ Nabil Ahmad

Bagi pusingan kedua, sistem undian akan diset semula untuk orang ramai mengundi kembali persembahan pilihan mereka. Aqeesh Aleeya yang telah mengumpul undian tertinggi daripada orang ramai dan markah daripada juri melayakkan beliau muncul pemenang bagi pertandingan ini.

Peringkat akhir BOM boleh ditonton di laman web www.hurr.tv/BOM. BOM dibawakan kepada anda oleh penaja utama MyMotor dan penaja fesyen FashionValet serta penghargaan khas kepada lokasi pertandingan Damansara Performing Arts Centre dan penaja bersama AGMO Studio Sdn Bhd, UHY Chartered Accountants, muca dan Awesome Mama.

Persembahan finalis, Aqeesh Aleeya (2)

Penonton 3

Pengacara, Haniff Hamzah

Persembahan finalis, Nasty Rock Crew (1)

Persembahan finalis, Adib Yusof (3)

Persembahan finalis, Mathura Bashinii (3)

Untuk maklumat lanjut, layari www.hurr.tv atau ikuti hurr.tv di: Facebook │YouTube │ Instagram │Twitter

MENGENAI HURR.TV hurr.tv ialah hab digital gaya hidup kontemporari yang dilahirkan dari keperluan untuk mencipta portal yang memberikan nuansa segar dengan tumpuan pada kandungan yang hiburan, urban, relevan dan realiti di layar internet. Ruang ini kami dedikasikan untuk memenuhi kapasiti inspirasi anda merangkumi segenap halaman gaya hidup; dari trend style terkini, gosip hangat artis Malaysia, teknik tata rias paling ‘on-point’, resepi ‘simple’ dan mudah, idea dan tips DIY hiasan rumah, kembara berkayuh sambil beramal, hinggalah tips-tips kesihatan khas untuk anda tampil unggul secara fizikal dan spiritual sepanjang hari! Percaya atau tidak, apa yang kami tampilkan di sini adalah sesuatu yang kami lihat, fikir, dan rasa ia perlu disampaikan kepada anda semua. Hanya yang hiburan, urban, relevan dan realiti di hurr.tv.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Faiz Dickie Rugi RM4,000 Ruang Acara Miliknya DIpecah Masuk Pencuri

Yang Anda Patut Tahu Tentang Drama Bersiri DEKATKAN JARAK KITA