in , ,

Apresiasi Terindah Alif Satar & The Locos Buat Semua Yang Bergelar ISTERI

Band Versatil Negara Kembali Dengan Single Balada Yang Romantis, ‘Test Market’ Melalui Pendekatan Busking

Band versatil negara yang kian popular, diterajui oleh penyanyi, pelakon dan pengacara nombor satu Malaysia, Alif Satar & The Locos (ASTL), bersama ahli-ahli lainnya seperti Tam Cobain (pemain gitar), Efry Arwis (pemain bass), Rajwan Juni (pemain dram) dan Faliq Auri (pemain saksofon) hadir dengan singleketiga yang lebih romantis ditujukan istimewa khusus buat para wanita yang bergelar ‘Isteri’, hasil nukilan komposer terkenal, Iqie Hugh, bersama-sama Alif sendiri dengan Tam dan Efry, manakala terbitan oleh syarikat rakaman berpengaruh tanah air, Warner Music Malaysia.

Astl Isteri

“Syukur Alhamdulillah di atas sambutan single ‘LelakiXSempurna’ tempoh hari yang dirakamkan dalam dua versi dan turut menampilkan penyanyi indie berbakat, Diandra Arjunaidi.

“Rata-rata pendengar memberikan respon yang cukup positif dan suka dengan kolaborasi tersebut, walaupun tidak nafikan konsepnya agak moden dan lebih kedepan buat penggemar muzik tempatan, namun kami tetap optimis dengan karya yang kami persembahkan,” jelas Alif, pelakon utama drama bersiri ‘Risik Pada Hati’ yang tular baharu-baharu ini.

Isteri adalah single ketiga yang telah direncanakan oleh ASTL, dan belum pun dilancarkan secara rasminya, telah pun tular di aplikasi TikTok dengan jumlah tontonan melebihi 1 juta.

“Sebenarnya, kami baharu sahaja menamatkan siri jelajah busking pada 6 Ogos yang lepas di 3 buah lokasi berbeza seperti Uptown Kota Damansara, Tapak Urban Street Dining Cyberjaya dan terakhir yang KL Night Street Sri Rampai. Pengunjung di ketiga-tiga lokasi tersebut sangat supporting dan ramai yang sing-along, walaupun ada yang tidak hafal dengan lirik tetapi tetap enjoy, sehingga single baharu kami Isteri terus menjadi viral di TikTok kerana drama lakonan Alif.

“Sebagai performer, kita harus turun padang ke tempat-tempat sebegini dan bergaul dengan orang awam, kerana dengan pendekatan sebeginilah akan mendekatkan lagi jurang di antara artis dan peminat. Kami sengaja test market dan mencuba kaedah busking untuk melihat sejauh mana pendengar dapat menerima jenis lagu yang kami bawakan,” kata Tam.

Menurut Efry, single ini sangat bermakna dan membawa maksud seperti tajuknya, jelasnya, “Penceritaan di sebalik Isterisangat straightforward, ia merupakan apresiasi terindah buat para isteri di luar sana. Kalau pendengar amati, bait-bait liriknya menunjukkan penghargaan seorang suami buat sang isteri.

“Saya sedar ada para suami yang kurang menunjukkan perasaan romantis secara nyata, nah lagu ini untuk saudara-saudara semua yang malu-malu atau buntu mencari apakah alternatifnya.

Single pop dalam genre balada ini kalau diamati ternyata kedengaran moden melalui elemen kugiran yang dibawakan ASTL dengan susunan melodi yang tidak berat dan punyai unsur melankolik yang easy-listening membuai perasaan sesiapa yang mendengarnya.

“Kami mahukan sebuah karya yang mudah dihadam halwa telinga pendengar muzik masa kini, mungkin sedikit moden tetapi masih boleh diterima oleh masyarakat Malaysia.

“Konsep video muziknya (MV) juga berbeza, kami cuba tampilkan sesuatu yang lebih organik, dari sudut pandang seorang suami terhadap isterinya,” tambah Rajwan.

Apresiasi Terindah Alif Satar &Amp; The Locos Buat Para ‘Isteri’

ASTL ternyata bukan sebuah band percubaan yang suka-suka dan mereka mahukan keberadaan di persada muzik Malaysia diberi perhatian, mungkin pendekatan yang diambil agak kurang konvensional, ini kerana prinsip muzik mereka yang unik dan mendalam.

“Harapan kami setinggi gunung, agar pendengar boleh mengaitkannya dengan kehidupan sebagai sebuah pasangan suami-isteri yang harmonis. Ia seakan sebuah kepuasan buat kami semua apabila karya yang kami persembahkan mendapat tempat di hati pendengar.

“Walaupun lagu ini kedengaran solo tetapi tetap sebagai sebuah band, manakan dapat dipecah ruyungnya jika muzik itu tidak dieksperimentasi kerana muzik adalah bahasa yang universal,” akhiri Faliq.

Lagu ‘Isteri’ boleh dimuat turun di iTunes mulai 19 Ogos 2022 ini dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala lirik videonya pula boleh ditonton secara eksklusif pada tarikh yang sama hanya di saluran YouTube Alif Satar & The Locos.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selangor Travel

10 Tapak Geopark Unik Selangor Darul Ehsan Yang Wajib Dilawati

Glamping Selangor Travel

Jom Ber-‘Staycation’ di 8 Lokasi Terpaling ‘Glamping’ Di Selangor!