in , ,

Jom Ber-‘Staycation’ di 8 Lokasi Terpaling ‘Glamping’ Di Selangor!

Jom Kita Nikmati Keindahan Alam Semulajadi Dengan Ber-‘Staycation’ Di 8 Lokasi Terpaling “Glamping” Di Selangor!

‘GLAMPING’ loghat digital para netizen yang bermaksud ‘Perkhemahan Dengan Penuh Gaya” merupakan salah satu daripada trend’ terkini yang telah berjaya menambat perhatian orang ramai. 

Konsep sedemikian semakin popular bagi mereka yang tertarik kepada tema percutian yang berkonsepkan eko dan outdoor” dan ianya boleh dijumpai, sekiranya anda berkunjung ke negeri Selangor Darul Ehsan.

‘Glamping’ adalah sesuai bagi mereka yang mengutamakan keselesaan terlebih dahulu daripada kehendak yang lain. 

Secara ringkas, ‘Glamping’, yang pada dasarnya adalah pakej yang biasa-biasa sahaja tetapi ia akan di kelaskan lagi dengan penambahan fasiliti khas untuk memenuhi hasrat anda bukan dengan setakat keselesaan sahaja, tetapi ianya pasti dipadankan dengan layanan yang penuh bergaya. 

Ini bermakna dengan pakej glamping kemudahan yang disertakan adalah ‘lebih padu’ seperti set tilam, kipas, lampu, dan hiasan dalaman yang lebih glamer. 

“Bayangkan lah, anda bercuti dengan berendam di kolam renang menyaksikan matahari terbenam, meluangkan masa membaca novel sambil minum teh Earl Grey secawan dan mengakhirinya dengan mendaki bukit menikmati kehijauan; alangkah indah kalau hidup selalu sedemikian….” 

Untuk membuktikan kesungguhan artikel ini, disertakan di bawah ialah senarai 8 glamping hotspots yang cukup menawan yang patut anda kunjungi apabila anda memilih untuk bercuti di Negeri Selangor Darul Ehsan! 

1. Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang 

Terdapat hutan yang hijau dan luas di sekitar Resort Taman Eko Rimba Komanwel, menjadikannya taman resort yang indah. Tempat ini menyediakan percutian yang sempurna untuk hujung minggu yang santai.

RESORT TMN EKO RIMBA IMG 1
@lubarcamp via Instagram

Jika anda dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rawang, singgahlah di Taman Hutan Komanwel, yang terletak betul-betul bersebelahan dengan laluan utama.

Seperti namanya, Taman Eko Rimba Komanwel menggabungkan hutan tebal dengan taman yang indah, tasik dan pelbagai ciri lain untuk menyediakan pelancong dengan pengalaman di dalam hutan.

RESORT TMN RIMBA EKO IMG 2
@47shiqiow via Instagram

Jika anda ingin pergi berkhemah pada hujung minggu, anda harus menempah tapak perkhemahan sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal. 

Boleh dikatakan bahawa tapak perkhemahan di tepi tasik utama oleh para pelancong di sini. Hutan yang indah dan menghijau menyelubungi taman. Laluan mendaki juga boleh diakses oleh semua orang dari semua peringkat umur. 

2. River & Glamp, Batu Caves 

Untuk Glamping, kita perlu pergi ke lokasi yang tepat dan semestinya mempunyai pandangan yang indah khsusnya di tepian sungai di Negeri Selangor.

RIVER N GLAMP IMG 1
@riverandglamp via Instagram

The River & Glamp yang teletak di Gombak ini terletak kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari Batu Caves. Lokasi glamping ini yang cantik ini sudah pasti akan menyerlahkan ciri-ciri terbaik alam semula jadi untuk para pelancong. 

RIVER N GLAMP IMG 2
@riverandglamp via Instagram

Untuk memenuhi permintaan, pakej yang disediakan adalah termasuk tiga hidangan iaitu, sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, semuanya disajikan dalam suasana gaya glamping. 

3. Dusun Bonda, Batang Kali 

Dusun Bonda yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor yang mulanya merupakan sebuah vila kecil milik orang persendirian. Di sini kini terdapat juga tapak Glamping dan perkhemahan yang disusun di dalam dusun buah-buahan untuk kita menginap.

DUKUN BONDA IMG 1
@akenggdagang via instagram

Hal ini dapat menyediakan penginapan yang santai dalam suasana yang indah kepada para tetamu yang datang.

Dusun Bonda juga menyediakan kemudahan yang mesra untuk kanak-kanak seperti air terjun dan kolam buatan. Keindahan kawasan dan susunan aktiviti pengalaman yang menarik untuk glamping menjadi keutamaan kepada Dusun Bonda kepada tetamu mereka. 

4. Skycamp By Rimba Segara, Hulu Langat 

Skycamp by Rimba Segara merupakan tarikan terbaru terletak di kawasan Hulu Langat. 

Pengalaman glamping di sini dapat merasai suasana yang indah dengan sungai dan air terjun di tengah- tengah kebun tropika dan hutan di daerah Hulu Langat.

SKYCAMP IMG 1
@hasifhamsyari via Instagram

Kawasan ini juga mempunyai gerai makanan dan kedai buah-buahan yang menarik di sepanjang jalan. Para penginap glamping juga boleh membawa makanan sendiri untuk dimasak.

SKYCAMP IMG 2
@shaznur_hakimin via Instagram

Kemudahan seperti peti sejuk dan semua peralatan memasak, termasuk gas juga disediakan. Kawasan Glamping ini diuruskan dengan kepekaan dan mesra alam sekitar. 

‘Penggunaan plastik dan Styrofoam adalah dihadkan.’ 

5. The Sticks, Kuala Kubu Bharu 

The Sticks merupakan resort eko yang terletak di dalam kawasan hutan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Dibina di atas tapak bekas lombong bijih timah dengan kepekaan kepada pemeliharaan alam sekitar. 

THE STICK IMG 1
@thesticksguide via Instagram

Resort ini menjana tenaga elektrik melalui tenaga suria dan memperoleh punca air daripada aliran tempatan serta dibangunkan dengan konsep mesra alam. 

Para tetamu dapat meluangkan masa di ruang penginapan di dalam hutan yang lengkapi dengan katil yang selesa, selimut mewah, kipas siling dan pemanas air. 

THE STICKS IMG 2
@thesticksguide via Instagram

Kesemua tempat penginapan dalam 12 rumah adalah unik yang dipanggil sebagai ‘tendok’. Gabungannperkataannkhemahndannpondok. 

Para tetamu boleh berehat dan menikmati alam sekitar sambil bersantai di buaian, berenang dan terapung di sepanjang sungai, atau menjamu selera dengan hidangan lazat yang dimasak sendiri.

6. The Hid3out, Batu Caves 

The Hid3out terletak di Sungai Tua, Batu Caves Selangor. Glamping di The Hid3out ialah cara terbaik untuk merasai aktiviti perkhemahan dengan lebih menarik.

THE HIDEOUT 1
@ashikin_hassan via Instagram

Para pengunjung tidak perlu risau dari segi kemudahan kerana di sini terdapat kelengkapan glamping yang telah disediakan. Antaranya seperti tilam, tandas dan lain-lain perkhidmatan. 

Para pengunjung juga boleh menggunakan ruang BBQ untuk menyediakan makanan dan menikmati penginapan mereka dengan baik. 

7. Alpine Camp, Hulu Langat 

Siapa kata anda tidak boleh menikmati keindahan semula jadi semasa walaupun berada di kawasan berdekatan dengan bandar? 

ALPINE IMG 1
@ahmadsyauqqii via Instagram

Alpine Camp menyediakan pengalaman glamping dengan suasana alam semula jadi yang berlatar belakangkan Sungai Lui dan Gunung Hitam. Terdapat lima khemah glamping disediakan, setiap satunya boleh memuatkan sehingga empat orang. 

Alpine Camp juga mempunyai surau dan dewan makan untuk kemudahan pengunjung. Pengunjung juga dapat menikmati keindahan sungai berdekatan dan ianya selamat untuk kanak- kanak. 

8. Camp Out, Sunway Lagoon 

“Camp Out!” adalah pengalaman perkhemahan yang berkonsepkan glamping pertama di Sunway Lagoon. Ianya juga glamping yang pertama yang terletak di taman tema. 

CAMP OUT 2
@sunwaylagoon via Instagram

Camp Out, Sunway Lagoon akan memberikan mengalaman taman tema terbaik mereka dari pagi hingga ke malam. Pengalaman ini merupakan versi yang lebih baik daripada aktiviti perkhemahan yang biasa kita lakukan. 

Ianya lengkap dengan makan malam barbeku, ruang kolam renang peribadi dan peluang untuk tidur di tengah-tengah taman tema Sunway Lagoon! Sudah pasti ia akan menjadi malam terbaik dalam hidup anda! 

CAMP OUT 1
@sunwaylagoon via Instagram

Anda tidak perlu lagi mencari destinasi yang lain untuk ber-stay- cation, selain daripada apa yang telah disebutkan menerusi artikel ini. 

Untuk pengetahuan anda, Tourism Selangor telah bersusah payah menyenaraikan tarikan glamping ini khususnya untuk anda dan ianya telah disusun secara rawak. 

Pesanan daripada kami ialah selagi tempahan dan pembayaran belum dibuat, anda dinasihatkan supaya pandai pandailah membuat tempahan menerusi agen agen atau saluran yang sah supaya kamu tidak discammer-kan. 

Untuk maklumat destinasi percutian yang lain, anda juga digalakkan melayari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel sumber sahih dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu 

Tentang Tourism Selangor 

Tourism Selangor adalah Agensi Promosi Pelancongan Kerajaan Negeri yang ditubuhkan untuk meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Negeri Selangor dengan membangunkan keindahan dan keunikan tersendiri Negeri. Banyak inisiatif telah diambil untuk mencapai matlamat ini seperti menganjurkan kempen di peringkat domestik dan antarabangsa, mengadakan misi perdagangan pelancongan yang dilakukan di luar negara, melancarkan misi jelajah dan kembara, dan banyak lagi. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALIF SATAR & THE LOCOS

Apresiasi Terindah Alif Satar & The Locos Buat Semua Yang Bergelar ISTERI

TRAVEL

Hilangkan Keinginan Makanan Pulau Pinang Dengan Airasia Food