in ,

Apabila Shila Amzah Dicemburui & Dikritik Haters di I AM SINGER

Pasti ramai yang nak tahu perkembangan terbaru Shila Amzah yang sekarang ini masih berada di kedudukan selesa dalam program realiti I AM SINGER di China.

Pasti ramai yang nak tahu perkembangan terbaru Shila Amzah yang sekarang ini masih berada di kedudukan selesa dalam program realiti I AM SINGER di China. Selain video persembahan Shila Amzah yang kini tersebar luas di seluruh Malaysia dan China, pelantun lagu Retak Seribu ini juga dikatakan dicemburui oleh peserta lain dalam I AM SINGER.

Shila Amzah Makin Mara Dalam I Am Singer Di China
Apabila Shila Amzah Dicemburui & Dikritik Haters di I AM SINGER 7

Namun, perkembangan yang paling positif adalah followers Shila Amzah di Weibo (Twitter versi China) sentiasa meningkat dengan begitu pantas dan drastik semenjak hari pertama Shila Amzah menyertai pertandingan ini.

Tidak kurang, seperti lumrah, jika ada peminat, pasti ada haters. Dikatakan haters Shila Amzah adalah peminat dari peserta I AIM SINGER yang lain seperti G.E.M. Itulah hakikatnya apabila peminat G.E.M tidak begitu senang dengan kehadiran Shila Amzah yang menjadi saingan terdekat bintang popular dari Hong Kong itu.

Ramai haters yang mendakwa, Shila Amzah tidak menunjukkan emosi yang memberangsangkan. Namun, kenyataan ini dibangkang oleh peminat Shila Amzah yang menggesa semua haters agar memberi ruang untuk Shila memandangkan beliau bukannya 100% fasih dalam bahasa Chinese.

Sudah tentu untuk terus maju memerlukan usaha yang lebih untuk menyelami jiwa dan maksud dalam lagu. Budiey kira, tak perlu nak mengadili Shila Amzah dari segi kurang menjiwai lagu yang disampaikan apa yang perlu adalah vokal yang cemerlang dan juga gaya persembahan.

Shila Amzah
Apabila Shila Amzah Dicemburui & Dikritik Haters di I AM SINGER 8

Video Persembahan Shila Amzah Paling Meletop di I AM SINGER

Pada minggu hadapan, persembahan Shila Amzah antara yang paling dinantikan oleh sekalian penduduk China dan tidak syak lagi penyertaan Shila Amzah dalam I Am Singer membuka mata ramai pihak di negara itu. Sekaligus, kehadiran Shila Amzah sikit sebanyak dapat menjulang nama Malaysia di mata orang asing.

Video di atas antara video yang kini menjadi viral dan mencipta satu fenomena luar biasa yang memecah rekod penyertaan I AM SINGER yang disertai oleh bangsa Melayu dari Malaysia.

Budiey harap, Shila Amzah dapat buat terbaik dan lebihkan emosi sebagaimana yang dituntut oleh hater beliau. Budiey dah tonton video ni dan Budiey rasa ramuan emosi untuk lagu ni dah cukup dah. Diorang nak Shila Amzah buat macamana lagi ek?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syamkamarul Perkenal Lagu Terbaru SELAMAKU BERNAFAS

Menjelang Malam Kemuncak Lantai Cilik Musim Kedua