in ,

Yang Menarik Tentang Filem 3096 Days

Kisah benar jenayah penculikan seorang kanak-kanak perempuan berumur sepuluh tahun di Vienna, Austria yang telah dikurung dalam sebuah bilik kecil di bawah tanah selama lapan tahun dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi tayangan filem Inggeris bertajuk “3096 Days”.

Disiarkan pada 24 Julai ini, pukul 9.30 malam di TV2, filem arahan Sherry Hormann yang menampilkan lakonan mantap Ulla Geiger, Amelia Pidgeon, Antonia Campbell-Hughes, Thure Lindhardt dan Trine Dyrholm ini memaparkan kisah benar mengenai seorang remaja perempuan Austria bernama Natascha Maria Kampusch yang telah diculik ketika berusia 10 tahun pada 2 Mac 1998. 

poster 3096 days
Poster Filem 3069 Days

Kisah Benar Jenayah Penculikan Kanak-Kanak Dalam Filem 3096 Days Di TV2

Dia telah dikurung di sebuah bilik di bawah tanah selama lebih lapan tahun sehingga dia melepaskan diri pada 23 Ogos 2006. Walau pun pihak polis telah membuat pencarian secara besar-besaran Natascha tidak dapat dikesan. 

Semasa lapan tahun dalam kurungan Kampusch telah dikurung dalam sebuah bilik kecil di bawah tanah. Layanan yang beliau terima bertukar-tukar di antara baik dan kejam. Priklopil memberikannya buku dan makan bersama-samanya serta membelinya pakaian dan juga hadiah semasa perayaan Krismas. 

Pada masa yang sama Natascha juga telah dipukul, didera secara fizikal dan diperkosa beberapa kali oleh penculik. 

filem 3096 days

Pada satu hari, Kampusch membantu Priklopil untuk membersihkan vannya dan semasa sibuk bekerja penculiknya menerima panggilan telefon. Disebabkan bunyi bising dari alat vakum, beliau berjalan ke arah lain untuk bercakap. Kesempatan yang ada digunakan oleh Natascha untuk melarikan diri.

Natascha akhirnya berjaya meloloskan diri daripada penjara ciptaan penculiknya itu. Dia membuat laporan polis bagi memastikan penjahat tersebut mendapat hukuman yang setimpal. 

Sementara itu, penculik bertekad beliau tidak mahu ditangkap oleh polis dan mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan berdiri di tengah-tengah landasan keretapi yang sedang bergerak. Namun adakah percubaannya itu berjaya? Dapatkah Natascha menuntut keadilan untuk dirinya?

babak dalam filem 3096 days

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Buat Kaka Azraff SIBUK Sangat Tu?

Pesona Penuh Memukau Konsert Mini Imran Ajmain Sepuluh Tahun Pertama