in

Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013

[dropcap]A[/dropcap]kademi Fantasia kembali? Jangan tak percaya ye. Haaa… ramai yang tak percaya, kan? Kat Twitter tu, Budiey terima banyak respon dari followers yang kata, tak percayalah Astro nak buat balik AF nih. Haa… Percayalah. Pasti berjaya di Akademi Fantasiaaaaaaaa….

Dalam kajian yang Budiey buat di Twitter, dalam 90% followers kata, AF dah tak relevan. Selebihnya, bersetuju AF diadakan semula jika ada perubahan format dan untuk mencungkil bakat. Ya, memang betul, Akadami Fantasia kembali dengan format baru untuk mengikut faktor terkini dan semasa. Pendek kata, serba baru dan tak pernah dibuat dalam mana-mana musim AF sebelum ini.

Akademi Fantasia 2013

Budiey sempat singgah di The Venue, Pavillion KL pada jam 3 petang tadi untuk mengikuti Sidang Media Pertama Pengumuman Akademi Fantasia ke-10. Ramai yang nak tahu, apa perubahan yang dibuat untuk menjadikan AF10 jadi lebih relevan untuk masa sekarang ini.

Budiey masih ingat dua tahun lepas, Astro ada umum yang Akademi Fantasia telah dihentikan. Ya, dihentikan untuk sementara waktu atas beberapa sebab. Sekarang, Astro menarik balik kata-kata muktamad atas dasar-dasar dan sebab-sebab tertentu.

[pullquote align=”right”]Akademi Fantasia kali ini lebih dikenali dengan nama Akademi Fantasia 2013 akan disiarkan di Astro Ria pada bulan September 2013[/pullquote]

Jadi, apa perubahannya? Pertama sekali, logo Akademi Fantasia telah diubah. Jika dilihat, logo tertera dengan huruf A & F itu sangat ringkas dengan menggunakan elemen futuristik dan lebih glamor dengan warna-warna terang digunakan.

Keduanya ialah, lagu Menuju Puncak yang menjadi lagu tema Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke-sembilan telah diubah sedikit dengan menambah elemen rap (yang dirapkan oleh Zahid).

Semasa majlis ini, bintang AF yang masih menyinar, Zahid, Stacy dan Adira menyanyikan lagu Menuju Puncak dalam versi baru ini. Tidak banyak yang berubah, hanya iramanya dirancakkan sedikit temponya, ditambah dengan part rap oleh Zahid dan dilihat menepati muzik masa sekarang ini.

VIDEO: Lagu Menuju Puncak Versi Terbaru Adira, Zahid & Stacy

Ketiga ialah, Akademi Fantasia ke-10 ini lebih kepada media sosial di mana semua pelajar AF nanti akan dibenarkan untuk berkomunikasi dengan dunia luar dengan menggunakan Twitter, Facebook, Instagram, Keek & sebagainya. Bayangkan, anda sebagai penonton boleh berchit-chat dengan peserta secara langsung. Ada yang berpendapat, tidakkah ini akan mengganggu tumpuan pembelajaran peserta? Masa mana nak berchit-chat, masa mana nak belajar? Segalanya masih menjadi tanda tanya kerana satu lagi pengumuman akan diadakan dalam masa beberapa minggu lagi.

VIDEO: Relevankah Akademi Fantasia, Apa Kata Akim Ahmad 

VIDEO: Akademi Fantasia 2013 & Media Social Apa Kata Zahid 

Selain itu, siapakah pengacara Akademi Fantasia 2013? Itu juga menjadi tanda tanya dan difahamkan ada khabar mengatakan pengacara kali ini bakal diberikan kepada pelawak Zizan Razak. Difahamkan, AF2013 ada elemen lawak dan tak dapat lari dari kezutan.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh berkata:

“Setelah lebih setahun Akademi Fantasia tak bersiaran, pihak Astro merangka strategi dan format efektif bagi menambah baik program untuk kepuasan maksima pelanggan Astro. Melihat kepada perkembangan arus teknologi dan media baru, pihak kami juga pastikan tidak ketinggalan untuk menggunakan kapasiti media baru atau sosial media untuk program AF 2013.

Astro berjanji untuk memberikan sepenuh komitmen untuk menghasilkan sebuah lagi musim yang pastinya membawakan kebangkitan bintang sebenar menerusia Akademi Fantasia 2013. Kami juga yakin dengan pembaharuan yang diperkenalkan ini akan mengembalikan semula zaman kegemilangan program yang menjadi aset kami.”

Untuk musim ini, calon peserta juga boleh memilih untuk samada menyertai program ini secara solo atau berduet. Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang www.akademifantasia.com.my

Akademi Fantasia 2013 akan bermula selepas hari raya Aidilfitri nanti iaitu pada bulan September. Butir lanjut akan diumumkan pada sidang media yang akan datang.

Rancangan realiti yang memberi inspirasi, aspirasi serta hiburan daripada peserta di Akademi. Rancangan ini direka khusus untuk membentuk peserta menjadi bintang dalam persekitaran hiburan-akademik. Ia juga dirangka khas menyemai nilai-nilai murni serta memberikan inspirasi dengan memupuk sikap keterbukaan, kebanggaan, keazaman dan melangkaui diri sendiri.

Anda juga boleh berinteraksi, berkongsi pengalaman dan mendapatkan info-info terkini Akademi Fantasia seperti foto-foto ketika ujibakat, sidang media dan acara-acara berkaitan melalui laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

Selain itu, Astro juga turut mengumumkan tarikh dan lokasi ujibakat di lima buah negeri iaitu:

1. Johor
Hotel The Zon, Johor Bahru
1 & 2 Jun 2013

2. Pulau Pinang
Hotel Vistana, Pulau Pinang
8 & 9 Jun 2013

3. Sarawak
Hotel Merdeka Palace, Kuching
15 & 16 Jun 2013

4. Sabah
Hotel Promenade, Kota Kinabalu
22 & 23 Jun 2013

5. Selangor
Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam
29 & 30 Jun 2013

Syarat-Syarat Ujibakat:

  1. Penyertaan terbuka kepada peserta Solo dan Duo
  2. Penyertaan 18 – 35 tahun pada tarikh ujibakat diadakan
  3. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Singapura
  4. Bawa Salinan IC dan 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dari paras pinggang)
  5. Bebas menyanyikan sebarang genre lagu secara acapella.
  6. Penyertaan juga boleh dihantar secara online seperti berikut: Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda ke [email protected]

Hantarkan Video Ujibakat Anda!
Akademi Fantasia menawarkan perkhidmatan interaktif khas untuk anda! Dapatkan info-info ujibakat, syarat-syarat penyertaan serta ujibakat secara ONLINE dengan melayari akademifantasia.com.my. Ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Pilih lagu yang terbaik untuk dinyanyikan
  2. Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif
  3. Muat naik video anda di youtube sendiri
  4. Isi borang uji bakat yang terdapat di laman web ini bersama dengan youtube link. Untuk penyertaan secara duo (2 orang) anda perlu mengisi borang secara individu
  5. Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda ke [email protected]
  6. Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya. Anda tidak perlu melalui peringkat pertama dan terus mara ke peringkat ke-2
  7. Video Setiap penyertaan adalah hak milik Measat Broadcast Network System (MBNS)
  8. Tempoh uji bakat secara ONLINE, 23 Mei 2013 sehingga 29 Mei 2013

Penonton boleh berinteraksi dan mendapatkan info tentang AF2013 di laman Facebook: www.facebook.com/AkademiFantasia2013

Twitter: www.twitter.com/AkademiFantasia @AkademiFantasia dan Instagram: @AkademiFantasia

Akademi Fantasia 2013

Akademi Fantasia 2013

Akademi Fantasia 2013

Akademi Fantasia 2013

Akademi Fantasia 2013

Akademi Fantasia 2013

Akademi Fantasia 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri

Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut