in , ,

Apa Kes Pulak Emma Maembong & Syed Abdullah Saling Unfollow di IG?

Susulan kontroversi berkaitan hubungan mereka, pelakon Emma Maembong dan Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Carian terbaharu di akaun Instagram Emma mendapati dia hanya mengikuti tiga akaun, malah dia juga tidak mengikuti akaun mana-mana rakan artis, termasuk ahli keluarganya. Syed Abdullah pula bertindak ‘menyembunyikan’ (archive) gambar-gambar yang dimuat naik bersama Emma, namun ia hanya untuk beberapa jam.

Emma Maembong &Amp; Syed Abdullah

Sementara itu, netizen dilihat masih tidak berputus asa untuk meninggalkan komen bernada nasihat di Instagram Emma, apatah lagi pelakon Kimchi Untuk Awak itu tidak menutup ruangan komennya.

Antara lain mereka menasihatkan agar Emma tidak terlalu teruja memuat naik gambar terbaharunya yang tidak bertudung, ketika hal berkenaan masih hangat diperkatakan.

Sejak memutuskan untuk menanggalkan tudung empat hari lalu, Emma sudah memuat naik enam posting gambar terbaharunya, yang menimbulkan rasa tidak puas hati peminat.

Sumber: Astro Awani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Sarah Akui Silap Ubah Susunan Lagu SEMAKIN di AJL 33

“Betis & Paha Yang Terselak-Selak, Sedia Untuk Dipanggang” – Rozita Che Wan