in , ,

“Betis & Paha Yang Terselak-Selak, Sedia Untuk Dipanggang” – Rozita Che Wan

Tak ramai artis dan selebriti Malaysia yang sudi berkongsi kata-kata dakwah di sosial media mereka. Ada tu ada la, tapi tak ramai. Yang bagusnya, selebriti jelitawan Rozita Che Wan berkongsi kata-kata mengajak untuk semua wanita di luar sana agar menutup aurat.

Bersesuaian dengan isu dedah aurat, buka tudung dan berpakaian seksi yang tengah viral dan isu hangat ketika ini, beberapa selebriti telah memberikan pendapat mereka tentang isu ini. Antaranya… Rozita Che Wan yang maintain cantik dan slim ni.

Sejak kebelakangan ini, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu sering menggayakan pakaian yang agak longgar di media sosialnya. Baguslah kalau macam tu.

Rozita Che Wan

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta berkongsi nasihat kepada orang ramai yang masih tidak peka terhadap cara menutup aurat dengan sempurna.

Menerusi entri di Instagram (IG), Che Ta berkongsi azab yang bakal dihadapi oleh mereka yang sering memandang ringan mengenai isu menutup aurat daripada Ustaz Hadi Fayyad.

Quote of The Day:

“Balasan wanita yang membuka rambutnya kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya berterusan selama ia tidak menutupnya.

“Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung di atas apa neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungannya.

“Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang. pedihnya tidak terkira,”

– Instagram Rozita Che Wan

Menerusi ruangan komen rata-rata memuji dan mengucapkan terima kasih kepada Che Ta diatas perkongsian yang dilakukan itu serta berharap dia terus istiqomah dalam menjaga aurat.


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Kes Pulak Emma Maembong & Syed Abdullah Saling Unfollow di IG?

Pembedahan Jantung Anak Kedua Pelakon Lana Nodin Hari Ini