in , ,

Siti Sarah Akui Silap Ubah Susunan Lagu SEMAKIN di AJL 33

Anugerah Juara Lagu ke-33 telah pun melabuhkan tirainya. Sudah tentu ada saat manis dan perit dilalui oleh finalis AJL33. Segalanya itu menjadi pengajaran.

Penyanyi Siti Sarah akhirnya buka mulut selepas dia meyepikan diri sebaik berakhirnya Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) minggu lalu.

Seperti mana yang dilalui oleh Siti Sarah yang dikatakan agak sepi di media sosial selepas AJL33. Apa yang tak kena?

Sepanjang dia mendiamkan diri, muncul spekulasi yang menyatakan Sarah kecewa selepas gagal meraih sebarang kemenangan menerusi lagu Semakin.

Namun menerusi status di Instagramnya, Sarah menjawab segala persoalan yang timbul itu.

Siti Sarah

“Assalamualaikum salam Jumaat semua. Maaf dah beberapa hari Sarah tak post apa-apa selepas habis AJL disebabkan keadaan Sarah tak berapa mengizinkan.“Firstly, Sarah nak ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan pada Sarah dan lagu Semakin hinggalah melayakkan lagu itu ditempatkan di final.

“Terharu sangat sebab ini pertama kali Sarah berada di pentas AJL…Sarah dan team telah pun cuba untuk buat yang terbaik, dari semua aspek.

“Tetapi nasib tak berapa baik, malam final Sarah tak sihat, tekak jadi perit (mungkin over practice) dan ramai yang cakap malam tu nyanyian tak berapa baik dan agak menjerit-jerit sebab Sarah cuba untuk buat yang terbaik walaupun dalam keadaan yang tak sihat,”

– Siti Sarah

Sarah turut menjawab situasi susunan lagu yang dikatakan telah ‘merosakkan’ mood pendengar.

“Tentang arrangement, Sarah dan management telah pun decide sejak awal lagi untuk susunan baru dan mungkin ini kesilapan dari pihak kami sebab ramai yang suka susunan asal.

“Tapi niat hanyalah satu untuk memberikan yang terbaik untuk semua. Insya-Allah, jika ada peluang kembali di AJL, Sarah dan team akan perbaiki lagi,”

– Siti Sarah

Kesilapan adalah perkara biasa. Kita kan manusia. Memang tak dapat lari dari buat silap. Biasalah tu, adat bertanding. Ada yang kalah, ada yang menang. Kita kalah hari ni tak bermakna kita akan kalah selamanya. Diharapkan Siti Sarah jangan down sangat tau. Cuba lagi di AJL akan datang. Pasti ada rezeki untuk awak. Be positive ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Ahmad & Isteri Pergi Jumpa Kaunseling JAWI?

Apa Kes Pulak Emma Maembong & Syed Abdullah Saling Unfollow di IG?