in , , ,

Apa Itu Anugerah MeleTOP ERA?

Semalam, jam 3 petang, Astro telah mengadakan sidang media dan pelancaran Anugerah Meletop ERA yang diadakan di BEAST, Ground Floor, The Intermark 182, Jalan Tun Razak, di mana tiga selebriti popular iaitu Nabil, Neelofa dan Dato’ AC Mizal bakal digandingkan sebagai pengacara buat pertama kalinya Anugerah Meletop ERA yang akan berlangsung pada 8 Februari 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil. Dikatakan, Anugerah MeleTOP  Era adalah rebranding kepada Anugerah Era yang dianjurkan oleh Radio Era satu ketika dulu.

Apa Itu Anugerah MeleTOP ERA

Untuk info pembaca, Anugerah Meletop Era merupakan sebuah acara pengiktirafan karya kreatif penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.

“Anugerah ini merupakan kolaborasi antara program Meletop dan radio ERA FM bagi mengangkat bakat dan kreativiti para selebriti yang banyak menyumbang dalam industri seni hiburan tempatan. Menerusi platform ini, orang ramai dapat menunjukkan sokongan mereka dengan menghantar undian bagi memilih calon-calon kegemaran untuk setiap kategori yang dipertandingkan.”

Apa Itu Anugerah MeleTOP ERA

Dalam sidang media, Lofa dan Nabil meluahkan rasa terujanya untuk mengacarakan majlis anugerah ini.

“Saya begitu teruja dengan gandingan ini. Sekarang kami bertiga sedang mencari bahan dan saya akan pastikan saya mengacara anugerah ini lebih baik daripada majlis-majlis yang pernah saya acarakan sebelum ini,” – Nabil

Kewujudan kategori Artis Serantau Meletop bagi anugerah Anugerah Meletop Era yang bakal diperkenalkan tidak akan mencetuskan kontroversi berkaitan penglibatan artis-artis negara luar pada acara berprestij itu nanti.

Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, pihaknya yakin tiada sebarang isu yang akan dibangkitkan berkaitan kategori tersebut kerana ia sekadar tanda pengiktirafan kepada artis negara luar yang berjaya menembus pasaran di negara ini.

“Saya faham ada sesetengah pihak cuba membangkitkan isu pemberian pengiktirafan kepada artis negara luar. Tetapi perlu diingat kejayaan mereka disebabkan masyarakat kita yang meminati muzik mereka. Selain itu anugerah ini juga diadakan khas untuk karya-karya berbahasa Melayu dan ia juga sebagai tanda mengangkat seni hiburan berbahasa Melayu.”

Sebanyak 16 kategori diperkenalkan menerusi anugerah ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Kumpulan Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Baru Radio Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.

Apa Itu Anugerah MeleTOP ERA

Turut diperkenalkan Program TV Meletop, Bintang TV Meletop, Bintang Siber Meletop, Couple Meletop, Artis Baru Meletop, Fesyen Meletop selain Artis Serantau Meletop. Bagi pencalonan awal, pihak penganjur menyenaraikan nama 20 pencalonan bagi setiap kategori untuk membolehkan lima daripadanya tersenarai pada peringkat akhir. Undian fasa pertama untuk memilih lima terbaik dibuka dengan cara undian secara dalam talian bermula 10 Disember 2013 hingga 10 Januari 2014.

Ia boleh dibuat dengan melayari laman www.meletop.com.mywww.facebook.com/mymeletop dan www.facebook.com/erafm.

Anugerah Meletop ERA akan diadakan pada 8 Februari 2014 dan akan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) serta disiarkan serentak di Maya HD dan Astro Hitz.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Paling Mudah Kumpul Tesco Heroes And Friends

Penyanyi Aril Pilus Bakal Nikah Hari Ini