in ,

Gara-Gara ‘Sekolahkan’ Penyampai Berita, Nama Hattan Trending Di Twitter

Sejak semalam lagi nama penyanyi popular Datuk Hattan menjadi sebutan ramai apabila berlaku insiden dia ‘menyekolahkan’ seorang penyampai berita wanita di saluran Astro Awani.

Ia berikutan penyampai berita tersebut tidak mendapat jawab soalan yang diberikan serta tersalah memberi jawaban ketika ditanya Hattan berkenaan lagu kumpulan XPDC berikutan kematian vokalisnya iaitu Mael.

Ketika ketika kejadian yang berlaku secara langsung, Hattan menyelar penyampai berita itu yang dianggap tidak membuat kajian, malah turut bertindak memutuskan talian telefon.

Gara-Gara ‘Sekolahkan’ Penyampai Berita, Nama Hattan Trending Di Twitter

Oleh yang demikian, ramai yang telah memperkatakan tentang insiden berkenaan sehingga nama penyanyi tersebut menjadi trending di Twitter.

Menerusi komen-komen yang diberikan netizen, rata-ratanya telah mengkritik Hattan dan menyatakan penyanyi itu seperti tidak memahami tugas sebagai seorang penyampai berita serta memalukan wanita berkenaan.

Bagaimanapun, ada segelintir yang tetap mempertahankan penyanyi Biso Bonar itu dan menegaskan agar kajian dibuat oleh penyampai berita sebelum bertanyakan sebarang soalan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anzalna Nasir Buat Ibu Menangis, Hadiahkan Rantai Berlian RM120,000

SHILA AMZAH

“Sebagai Anak Sulung Tentu Sangat Kecewa Dengan Apa Yang Berlaku” – Shila Amzah