in

Anugerah MeleTOP Era Bakal Umum Senarai Top 5

Seperti yang telah Budiey siarkan baru-baru ini, pihak Astro menerusi saluran Astro Ria dan ERA fm bakal menganjurkan Anugerah MeleTOP Era yang kembali untuk tahun penganjuran yang kedua.

Budiey dengar, penganjuran pada tahun ini lebih meriah, lebih hype, lebih gempak, lebih meletop dan lebih banyak persaingan. Pendek kata, lebih segala-gala lah. Bajet pun ke main lagi meningkat dari tahun sudah la kan? Nak tahu gak lokasi buat kat mana? Haa, cuba teka kat mana? Korang dah tahu tu kan?

anugerah-meletop-era-top-5

Maklumlah, nama anugerah pun meletop, apa yang kita harapkan acara tahunan ini akan lebih baik dan lebih perfect dari tahun lepas la kan?

Budiey dengar, penganjur dah tak sabar untuk mengumumkan senarai penuh lima calon akhir (Top 5) setelah talian undian fasa pertama yang secara rasminya telah ditutup pada 11 Januari yang lalu. Budiey sendiri pun tak sabar untuk mengetahui selebriti dan artis manakah yang akan tersenarai dalam Top 5 ni. Budiey juga tak sabar nak tahu, siapa pula yang akan buat persembahan di anugerah paling meletop nih. Harap-harap tahun ni ada artis luar negara Hollywood dibawa masuk. Barulah meletop kebabooom ye dok?

Budiey dapat berita, Majlis Sidang Media Memperkenalkan Calon ‘Top 5’ & Hos Bersama Anugerah MeleTOP ERA akan diadakan di sebuah hotel terkenal di ibu kota dalam beberapa hari terdekat ini. Budiey memang super duper excited gak nak attend sidang media ni. Nanti korang follow Instagram Budiey okay? IG: @budiey.

Dengarnya, turut hadir memeriahkan majlis pelancaran ini nanti ialah barisan hos utama AME 2015 serta selebriti-selebriti popular tanah air yang tersenarai dalam Top 5. Antaranya termasuklah Jihan Muse, Ayda Jebat, Firman, Aman, Atikah Suhaimie, Amyra Rosli, Akim & The Magistrate, Forteen, Hazama, Zul Ariffin serta ramai lagi. Fuh Meletop! Tak cukup meletop tak tahu la kan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Remy Ishak Desperate Cari Cinta Hingga Ke Sarajevo

Majlis Berinai Sharifah Sakinah Bertemakan BALI