in , ,

Senarai Top 5 Anugerah MeleTop 2020, Dominasi Mira Filzah & Siti Nordiana

Alif Satar pertama kali terima mandat selaku hos utama, Mira Filzah dan Siti Nordiana dominasi pencalonan akhir dengan empat buah kategori

Pada jam 3 petang siang tadi, tanggal 3 Mac, Budiey sempat untuk buat liputan di Sidang Media Top 5 Anugerah MeleTop 2020 yang mana sidang media ini dibuat untuk mengumumkan siapakah pengacara AME 2020, Senarai Persembahan dan juga sudah tentu kita nak tahu senarai penuh Top 5 AME 2020. 

Untuk info pembaca, Anugerah MeleTOP Era atau ‘AME’ ini adalah sebuah anugerah pilihan penonton yang memberikan kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi kesemua 15 buah kategori utama yang dipertandingkan. Senarai penuh pencalonan akhir ‘Top 5’ bagi setiap kategori sudahpun dikenal pasti setelah talian undian fasa pertama yang dibuka pada 29 Januari 2020 ditutup secara rasmi pada 25 Februari lalu. 

Bersama barisan artis yang hadir di sesi sidang media AME 2020

Penganjuran ‘AME 2020’ edisi ketujuh yang   mengetengahkan tema ‘Epik Glam’ dengan tagline ‘Yang Epik, Yang Legend’ ini bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 12 April 2020, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). 

Buat pertama kalinya, AME kali ini bakal menampilkan kelainan dengan melantik selebriti versatil, Alif Satar sebagai pengacara utama untuk berganding bahu bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse bagi mengendalikan pentas ‘AME 2020’. Pentas ‘AME 2020’ juga bakal diserikan dengan persembahan eksklusif selebriti popular seperti Naqiu, Ernie Zakri, Floor 88, K-Clique, Haqiem Rusli serta ramai lagi. 

Barisan Pengurusan Astro bersama maskot Ejen Ali, BoBoiBoy bersama Nabil Ahmad dan Alif Satar

Untuk lagu tema AME kali ini, personaliti ERA, penyanyi dan rapper popular iaitu Dina Nadzir, Syamel, Tuju (K-Clique) dan Sophia Liana (De Fam) turut berpadu suara buat pertama kali menerusi lagu tema ‘AME 2020’ ciptaan komposer Navin D’Navigator. Tambah menarik lagi, lirik lagu  tersebut adalah hasil nukilan bersama oleh Mambang, Sophia Liana dan Tuju.

Print

PELAKON Mira Filzah dan Siti Nordiana tercalon bagi empat kategori dalam Top 5 Anugerah MeleTOP 2020 (AME2020). Mira Filzah mendominasi pencalonan akhir ‘AME 2020’ apabila disenarai pendek untuk empat buah kategori iaitu ‘Pelakon MeleTOP’, ‘Bintang Filem MeleTOP’, ‘Artis Versatil MeleTOP’ dan ‘Fesyen MeleTOP’. Sementara itu, Pemenang anugerah ‘Top Top MeleTOP Wanita’ edisi tahun lalu, Siti Nordiana turut menyerlah dengan empat pencalonan akhir menerusi tiga buah kategori individu iaitu ‘Lagu MeleTOP’, ‘Penyanyi MeleTOP’ dan ‘Artis Versatil MeleTOP’ serta pencalonan bersama dengan Khai Bahar bagi kategori  ‘Grup/Duo MeleTOP’.

Kumpulan hip hop terkenal yang semakin mendaki populariti dalam arena muzik arus perdana, K-Clique turut cemerlang dengan pencalonan untuk tiga buah kategori iaitu ‘Lagu MeleTOP’, ‘Grup/Duo MeleTOP’ dan ‘Artis Baharu MeleTOP’. Untuk rekod, ini merupakan kali pertama K-Clique dicalonkan sepanjang penganjuran ‘AME’.

Alif Satar diumumkan sebagai pengacara AME 2020 bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse

Hos utama ‘AME 2020’, Alif Satar turut tercalon dalam tiga buah kategori iaitu  ‘Penyanyi MeleTOP’, ‘Hos MeleTOP’ dan pencalonan bersama dengan isteri beliau, Shadila Halid menerusi kategori ‘Couple MeleTOP’.

Manakala seorang lagi pasangan hos ‘AME 2020’ iaitu Jihan Muse juga tercalon dalam dua buah kategori iaitu ‘Artis Versatil MeleTOP’ dan ‘Hos MeleTOP’.

Anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Alisa Aisyah merupakan satu-satunya ‘puteri’ comel yang tercalon untuk kategori ‘Si Cilik MeleTOP’.

Pengacara AME 2020 - Nabil Ahmad dan Alif Satar

Buat pertama kalinya sepanjang penganjuran ‘AME’, kandungan animasi berjaya menembusi pencalonan akhir bagi kategori ‘Filem MeleTOP’ menerusi filem Ejen Ali The Movie dan BoBoiBoy Movie 2.

Untuk makluman, Allahyarham Abam Bocey beserta balu Siti Nurhidayah turut tersenarai dalam pencalonan akhir bagi kategori ‘Couple MeleTOP’. Namun, Siti Nurhidayah mengambil keputusan untuk menarik diri. Dengan ini, pasangan selebriti yang mendapat undian keenam tertinggi selepas mereka secara automatik tersenarai di pencalonan akhir bagi kategori tersebut.

Lebih istimewa,para pelanggan Astro yang memiliki dekoder ‘Ultra Box’ kini boleh menyaksikan siaran ‘AME 2020’ dalam format resolusi kualiti 4K UHD yang menawarkan pengalaman menonton dengan ciri-ciri teknologi terkini dan didatangkan beserta paparan visual yang lebih menakjubkan menerusi peranti pilihan masing-masing tanpa sebarang caj tambahan. 

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘AME 2020’ turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Astro Go dan on demand.

Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori boleh dibuat secara online menerusi laman web www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS bermula Selasa sehingga 12 April pukul 12 tengah hari.

Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Strategi Kandungan, Perniagaan Antarabangsa dan GenNext Astro

AME 2020 menjadi taruhan pertama Astro dalam membawakan program televisyen yang bersiaran secara langsung menggunakan teknologi format 4K UHD.

Majlis penganjuran acara berskala besar dan berprestij seperti AME ini dilihat sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan pengalaman menonton yang dilengkapi dengan ciri teknologi terbaharu kepada para pelanggan.

Ini kerana program tersebut bukan sahaja melibatkan barisan artis terkemuka dan selebriti media sosial yang cukup berpengaruh dengan bilangan pengikut yang besar, malah turut disaksikan oleh jutaan peminat di kesemua rangkaian termasuklah platform televisyen, online dan acara lapangan. 

Harapan kami agar penganjuran AME 2020 bakal menjadi sebuah lagi testimoni hebat dalam usaha mengangkat dan meraikan bakat dan karya seni hiburan terbaik di Malaysia merangkumi cabang filem, muzik dan televisyen – segalanya kini lebih jelas menerusi paparan format resolusi 4K UHD!

Kami dengan ini mengalu-alukan kehadiran rakan niaga dan penaja untuk turut sama melakar sejarah baharu dalam dunia penyiaran di Malaysia.” 

Putri Yasmin Megat Zaharuddin

‘Selaku peneraju kandungan kreatif utama di rantau ini, Astro terus mengorak langkah ke hadapan sekaligus melakar sejarah membanggakan dalam dunia penyiaran apabila muncul sebagai satu-satunya syarikat penyiar yang menawarkan siaran kandungan televisyen tempatan pertama di Malaysia dalam format resolusi 4K UHD menerusi penganjuran ‘AME 2020’.

Inisiatif ini sekaligus menjadi pencetus perubahan yang membuka dimensi baharu kepada pasaran kandungan tempatan.

Dalam pada itu, kami juga cukup terharu dengan sokongan luar biasa yang diterima untuk edisi tahun ini. Jumlah peratusan undian yang diterima untuk fasa pertama secara keseluruhan juga meningkat saban tahun dengan statistik terkini sebanyak 29% lebih tinggi berbanding tahun lalu. 

Prestasi cemerlang ini jelas membuktikan bahawa penganjuran ‘AME’ masih relevan dan diterima baik oleh para peminat.

Bagi meletakkan jenama AME sebagai penanda aras kepada penganjuran majlis penganugerahan berprestij seumpama ini di Malaysia, kami telah menyusun strategi yang terbaik bagi memastikan ia berlangsung penuh gemilang. Pelbagai kejutan yang merangkumi pemilihan pengacara, penyampai trofi dan barisan artis yang bakal membuat persembahan istimewa telah disusun rapi bagi menyemarakkan lagi edisi tahun ini. Pemilihan kesemua selebriti juga adalah berdasarkan elemen ‘Yang Epik, Yang Legend.”

Raqim Ahmad, Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan & Drama Astro 

“Selaku jenama radio No. 1 di Malaysia, ERA sememangnya mengetengahkan bakat dan karya tempatan.

Kami teruja kerana Anugerah MeleTOP ERA 2020 mendapat sambutan yang sangat mengalakkan untuk semua kategori, terutamanya, kategori berkaitan dengan industri muzik Malaysia.

Ini membuktikan bahawa industri muzik di Malaysia semakin berkembang dan terus mendapat sokongan daripada masyarakat tempatan.

Kami membuka semula peluang membuang undi kepada para peminat dalam Fasa Kedua bagi menentukan pemenang-pemenang dari hari ini sehingga 12 April menerusi laman rasmi AME 2020, aplikasi SYOK dan sistem pesanan ringkas (SMS).”

Erman Zaki, Pengurus Kandungan ERA, Astro Radio

CARA UNTUK MENGHANTARKAN UNDIAN ‘AME 2020’

FASA KEDUA

Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori boleh dibuat secara onlinemenerusi laman web rasmi ‘AME 2020’ di www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS bermula 3 Mac 2020, jam 6.00 petang hingga 12 April 2020, jam 12.00 tengahari.

Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan sewaktu siaran langsung malam ‘AME 2020’ kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Berikut senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020):

Penyanyi Meletop Era

1. Alif Satar (I Want You To Love Me, Sesungguhnya Aku)

2. Ernie Zakri (Ku Bersuara)

3. Haqiem Rusli (Selamat Tinggal Sayang, Lembah Kesepian)

4. Khai Bahar (#123)

5. Siti Nordiana (Hatiku Milikmu)

Bintang Filem Meletop

1. Hairul Azreen (Wira)

2. Mira Filzah (Sangkar)

3. Remy Ishak (Sangkar)

4. Syafiq Kyle (Pusaka)

5. Zizan Razak (Polis Evo 2)

Pelakon Meletop

1. Amyra Rosli (Cemburu Seorang Perempuan)

2. Ben Amir (Sweet Dreams)

3. Mira Filzah (Sweet Dreams)

4. Sean Lee (Sweet Dreams)

5. Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad)

Artis Baharu Meletop

1. Fieya Julia (Perasaanku)

2. Han Byul (Big Stage Siri 2)

3. Insomniacks (Pulang)

4. K-Clique (Mimpi)

5. Yusuf Bahrin (Sweet Dreams)

Grup/Duo Meletop Era

1. Ariff Bahran & Sarah Suhairi (Bicara Rasa)

2. Floor 88 (Aqilah, Hutang)

3. Hafiz Suip & Adira (Takdir Tercipta)

4. K-Clique ft Alif (Mimpi)

5. Khai Bahar & siti Nordiana (Satukan Rasa)

Lagu MeleTOP Era

1. Anta Permana (Dato Sri Siti Nurhaliza)

2. Hatiku Milikmu (Siti Nordiana)

3. Hutang (Floor 88)

4. Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

5. Mimpi (K Clique  ft Alif)

Filem Meletop

1. Boboiboy Movie 2

2. Ejen Ali The Movie

3. Polis Evo 2

4. Pusaka

5. Sangkar

Drama Meletop

1. Budok Kuba (Astro Citra)

2, Cemburu Seorang Perempuan (Astro Ria)

3. Curi-Curi Cinta (Astro Ria)

4. Setelah Terlafaznya Akad (Astro Ria)

5.Sweet Dreams (Astro Ria)

Program Meletop

1.#Bizibody (Intai Zoo Mini Afieq Shazwan)

2. Big Stage Siri 2 Akhir

3. Gegar Vaganza Siri 6 Episod 7

4. Maharaja Lawak Mega 2019 Akhir

5. Sepahtu Reunion Live 2019 Akhir

Artis Versatil Meletop

1. Elly Mazlein (Pelakon, Hos, Online)

2. Jihan Muse (Pelakon, Hos)

3. Mira Filzah (Pelakon, Hos)

4. Siti Nordiana (Pelakon, Penyanyi, Online)

5. Zizan Razak (Pelakon, Penyanyi, Online)

Influencer Meletop

1. Cupcake Aisyah

2. Muabellaz

3. Sofyank

4. Sterk Production

5. Syahmi Sazli Production

Hos Meletop

1. Ain Edruce (Limaletop)

2. Alif Satar (Big Stage Siri 2)

3. Dato AC Mizal (Maharaja Lawak Mega 2019)

4. Jihan Muse (Gegar Vaganza Siri 6)

5. Sherry Alhadad (Big Stage Siri 2)

Couple Meletop

1. Alif Satar & Shadila Halid

2. Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa

3. Eyra Hazali & Haziq Nadzli

4. Hanis Zalikha & Hairul Azreen

5. Syatilla Melvin & Shaheizy Sam

Si Cilik Meletop

1. Alisa Aisyah (Hanis Zalikha) & Hairul Azreen

2. Ardy Wira (Betty Rahmad & Ardy Damis)

3. Ayden Adrean (Bella Astillah & Aliff Aziz)

4. Jebat Jayden (Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad)

5. Syeriv Samheizy (Syatilla Melvin & Shaheizy Sam)

Fesyen Meletop

1. Alif Satar

2. Fazura

3. Mira Filzah

4. Sham Visa

5. Syafiq Kyl


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tercari di Mana Ayah, Terlalu Rindu, Hamzah Kucup Foto Abam Berkali-Kali Di Skrin Telefon

Artis & Pencuci Mulut Berkhasiat Dalam SWEET TOOTH di TV Okey