in

Projek Istimewa Ramadan CFM Agih Bubur Lambuk

Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) mengambil kesempatan untuk mengimarahkan bulan mulia ini dengan mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna di sekitar Dataran Medan Pasar yang turut disertai oleh Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin bersama-sama kakitangan CFM.

PROJEK “ISTIMEWA RAMADAN CFM” PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK KEPADA PENGGUNA DI KUALA LUMPUR

Pengguna yang terdiri daripada pelbagai kaum di sekitar Masjid Jamek turut diberikan buletin SHOUT terbitan CFM dan beberapa barangan daripada CFM selain dapat menikmati bubur lambuk yang telah diagihkan.

“Ini merupakan kali pertama bagi CFM untuk melibatkan orang ramai menerusi pengagihan bubur lambuk dan diharap projek ini akan menjadi tradisi dan dapat diteruskan pada bulan Ramadan akan datang selain ia juga merupakan salah satu inisiatif CFM untuk lebih dekat kepada pengguna,” kata Pengarah CFM.

Bagi memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, CFM telah mengadakan peraduan Instagram Raya, #nakCFMmoneypacket kepada semua pengikut laman sosial CFM di seluruh Malaysia. 10 pemenang #nakCFMmoneypacket telah diumumkan dalam akaun rasmi Instagram CFM iaitu cfm_malaysia baru-baru ini.

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) terletak di Wisma Straits Trading Building, Lebuh Pasar Besar, Kuala Lumpur.

CFM ISTIMEWA RAMADAN 2

CFM ISTIMEWA RAMADAN 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Masih Relevankah TV Penyiaran?

Anugerah Lawak Warna 2015 Bakal Umum Top 5 & Pengacara