in

Hidup Sihat Dengan Hanya Berjalan Kaki

Salam pagi buat semua pembaca budiey.com…

Anda semua pasti dah sarapan kan? Sarapan sangat penting ya untuk menjana hari anda dengan lebih bersemangat dan bertenaga. Pakar-pakar kesihatan pun ada cakap, kalau tak ambil sarapan, seumpama kita membunuh diri kita sendiri. Adusss, bahaya sungguh. Seriau je bila dengar.

Sekarang ni macam-macam penyakit kat negara kita ni kan? Ramai yang meninggal sebab terkena penyakit darah tinggi, kencing manis, obesiti dan tak kurang ada juga yang meninggal kerana stress dan kemurungan. Semua tu akibat daripada kita mengamalkan kehidupan yang tak sihat.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia, pada tahun 2010 penyakit jantung telah menjadi pembunuh nombor satu di dunia, iaitu terdapat 1.7 juta orang meninggal dunia akibat penyakit jantung. Ini bererti, dalam tiga kematian, satu daripadanya adalah disebabkan serangan penyakit jantung. Dalam tahun 2008, jumlah kematian akibat penyakit jantung di-Malaysia telah mencapai 46 ribu orang. Memang agak kronik gak tu.

Di musim hujan ni pulak, ramai antara kita yang demam, batuk-batuk, selesema dan macam-macam. Jadi, Budiey nasihatkan anda berhati-hati ketika berada di luar rumah. Patut diingatkan ya, jangan lupa minum air suam banyak-banyak setiap hari. Berbotol-botol pun tak apa. Hehe…

Jika anda sakit ke demam ke atau sebagainya, kalau masih larat nak pergi buat kerja atau buat aktiviti ke, sila buat dengan segera sebab bila badan kita berpeluh, ia akan mengelurkan sisa-sisa toksin yang tak sihat dalam badan itu. Rasa nak demam pasti akan bertukar menjadi lebih sihat dan segar. Tak gitu?

Apa yang penting yang Budiey sampaikan kat sini, tak kira apa yang korang buat, sibuk mana pun jadual harian korang, jangan lupa untuk aktifkan diri kita setiap hari untuk menikmati kesihatan diri.

Anda pasti tak nak mati cepat gara-gara badan dah takde bateri kan? Haha, ingat telefon bimbit je ke ada bateri? Badan kita pun ada bateri. Dan untuk hidupkan bateri tu, kita kena aktifkan diri. Nak hidup lama, kita kena selalu memberi ruh atau semangat ke dalam diri kita.

Budiey berikan contoh-contoh yang korang boleh buat. Tak semestinya kita kena pergi gym untuk sihat sebab nak sihat ni, kita cuma kena selalu bergerak. Aktviti paling senang ialah BERJALAN KAKI.

MOH Aktif

Ya, Budiey tahu, korang memang berjalan kaki. Nak ke tandas jalan kaki, nak ke kedai beli suratkhabar pagi-pagi berjalan kaki. Ya, itu dah cukup? Rasanya memang dah cukup tapi kalau boleh maksimakan penggunaan kaki anda untuk bergerak ke sana sini. Seperti, jika korang nak naik ke pejabat yang terletak di tingkat 4, apa kata korang naik dengan menggunakan tangga setiap hari. Pasti berpeluh gak kan? Tapi itu bermakna badan kita sihat. Apa kata kalau pejabat korang kat tingkat 16, fuh, pasti badan korang langsing dan sentiasa segar muda jelita.

MOH Aktif

Budiey pun tak pasti juga, kadang-kadang kita selalu nasihatkan orang untuk jaga kesihatan tapi diri sendiri sebenarnya tak terjaga pun. Budiey bukannya doktor tapi Budiey rasa ada tanggungjawab untuk menyampaikan mesej positif ni untuk korang semua pembaca setia budiey.com. Sekurang-kurang, kita sentiasa mengingati antara satu sama lain. Dan bila kita ingatkan orang lain, secara tak langsung kita akan ingatkan diri kita.

MOH Aktif

Okay, bila masa yang sesuai untuk mulakan kehidupan yang lebih sihat ni? Ya, apa kata, hari ini juga! Ya, sekarang! Sekarang masa yang sesuai kerana tak perlu la nak tunggu hari esok atau bertangguh untuk jadikan resolusi tahun 2012. Sebab hari esok anda sebenarnya bermula dengan langkah pertama pada hari ini.

Apa kata, anda buat target atau sasarkan 10,000 langkah sehari dan jangan lupa catatkan kejayaan anda itu. Apa yang penting, anda tingkatkan sedikit bilangan langkah anda setiap hari. Buat secara perlahan-lahan tapi kenalah konsisten. Jangan pula cuba paksa diri anda tu, buatlah mengikut kemampuan. Tahu tak berjalan 10,000 langkah tu sama cepat untuk membakar kalori bagi sepinggan kueteow goreng? Haa, jangan tak tahu, kiranya berjalan 10ribu langkah adalah seperti kita membakar kalori yang ada dalam sepinggan kueteow goreng. Kira banyak jugak tu ya?

Jika korang tak sihat, jangan lupa ya makan ubat. Makan ubat yang diberi oleh doktor dengan teratur jangan ikut suka hati ye bila time rasa ada mood nak makan, pergi balun sampai 20 biji. Kang KOMA kang. Sapa nak jawab?

Selain bersenam, kalau boleh setiap hari makan vitamin atau makanan tambahan kesihatan untuk kekalkan kesihatan badan. Tapi Budiey nak ingatkan anda, sebelum mengambil vitamin tu, dapatkan dahulu pandangan atau nasihat daripada pakar kesihatan. Jangan nak ambil sembarangan je. Kena tahu juga samada vitamin tu sesuai ke tidak dengan keadaan tubuh kita.

Mahu dapatkan tip tip kesihatan yang lain atau nak tahu tentang amalan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang boleh diamalkan? Apa kata anda tonton rancangan Sihat 1 Malaysia yang dihoskan oleh pelakon terkenal, Fahrin Ahmad.

Dalam program TV ini, anda berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana cara dan tips menjaga kesihatan dengan lebih berkesan. Selain itu juga, ada beberapa selebriti terkenal yang turut berkongsi cerita tentang amalan kesihatan mereka seperti Siti Saleha, Chef Zaidah, Ifa Raziah dan ramai lagi. Jangan ketinggalan menonton Sihat 1Malaysia ya.

Sentiasa senyum. Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum. Hahaha.

Nak sihat lagi? Apa kata dapatkan tips menarik di www.gayahidupsihat.my

Itu sahaja dari saya buat masa ini. Kalau ada komen pandangan, cadangan sila tinggalkan komen atau di twitter @budiey

Budiey: Menjaga lebih baik dari merawat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain Promo Tour di Singapura

Lisa Surihani & Yusry KRU Bakal Umum Tarikh Kahwin