in

Anuar Zain Memperkenalkan THE BOOK Koleksi Foto Konsert

Sebelum menamatkan sidang media di Pelancaran Album Konsert Anuar Zain – Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari di TGV 1Utama semalam, penyanyi Anuar Zain sempat memperkenalkan The Book, sebuah buku bergambar untuk tatapan peminat. Buku berjudul Konsert Anuar Zain – Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari yang bakal dilancarkan tidak lama lagi akan memuatkan koleksi foto sepanjang konsert termasuk foto di sebalik tabir konsert yang berlangsung dua tahun lalu.

Peminat penyanyi lagu Lelaki Ini boleh mendapatkan buku Anuar Zain sebagai koleksi peribadi apabila dilancarkan kelak.

Sebenarnya, buku berkulit keras itu adalah mock-up dan masih lagi dalam proses untuk disiapkan. Jadi, ia bukanlah buku yang sebenar yang akan dijual. Maklumat terkini mengenai buku berkenaan akan dikemaskini melalui laman Facebook, Anuar Zain Network.

“Buku ini adalah hadiah istimewa saya buat peminat kerana ia memuatkan gambar sepanjang konsert saya dua tahun lalu di Shah Alam. Selain itu foto yang diambil khusus untuk konsert itu yang turut dipaparkan sepanjang konsert saya juga akan dimuatkan dalam buku ‘coffee table’ itu.

“Setakat ini kita masih dalam proses untuk menyiapkan buku berkenaan justeru apa saja maklumat terkini mengenai buku itu akan kami maklumkan melalui Anuar Zain Network.”

Sementara itu, peminat yang terlepas peluang menyaksikan konsert Anuar Zain boleh mendapatkan CD hari ini manakala VCD dan DVD yang akan berada di pasaran pada 15 Februari depan, manakala yang ingin menyaksikan konsert itu bersama Anuar Zain, majlis tayangan akan diadakan pada tarikh sama jam 3 petang di TGV Cinema One Utama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malam Glamor Bertema 1920 di Mammoth Empire

Astro Xi Yue HD Malaysia’s First Free High Definition Channel on Njoi