in

Malam Glamor Bertema 1920 di Mammoth Empire

Mammoth Empire menerima pengunjung untuk pameran peribadi selama satu malam sahaja. Sempena pembinaan Empire City yang bakal siap pada penghujung tahun, Mammoth Empire telah membuka pintunya untuk satu malam bagi memberikan para tetamunya sekilas pandang barangan yang akan ditawarkan di kedai mereka apabila projek luar biasa ini beroperasi sepenuhnya.

Acara peribadi ini telah dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada rakan niaga dan rakan bersekutu, dan bagi melancarkan 5 tunggak asas Empire City yang membentuk falsafah di sebalik projek pembangunan serta operasi kesemua kedai-kedai di situ.

Acara malam penuh glamor ini telah dihadiri oleh beberapa tokoh terkenal. Selaras dengan konsep projek ulung ini, acara ini telah dianjurkan di lokasi yang luar biasa: tapak Empire City yang bakal siap pada penghujung tahun 2015. Bagi membolehkan para tetamu mengalami gaya unik Empire City, satu kawasan dalam kompleks membeli-belah ini telah diubah menjadi suasana parti pada tahun 1920-an, lengkap dengan pintu masuk yang megah, hiasan yang elegan serta persembahan yang mengagumkan.

Party of the Century

“Empire City berhasrat menjadi lokasi terulung untuk mesyuarat, menjamu selera, membeli-belah dan bersantai, semuanya dalam kota serba lengkap yang mengimbangi perniagaan dengan bersantai. Projek pembangunan ini menawarkan 2.5 juta kaki persegi ruang runcit yang boleh disewakan, 8 menara korporat dan suite pejabat, 3 hotel antarabangsa bertaraf lima bintang dan sebuah hotel bertemakan panggung wayang – kesemuanya dibina menurut 5 tunggak asas Empire City; Muzik, Persembahan, Seni, Budaya dan Reka bentuk,” terang Mark Farquhar, Pengarah Pemajakan Empire City.

Acara malam ini telah dimulakan dengan persembahan oleh kumpulan penyanyi balada lelaki popular Korea, 2AM yang telah mempersembahkan lagu terkenal mereka You Wouldn’t Answer My Call, Never Let You Go dan With or Without You buat hiburan para peminat mereka.

Seterusnya, pelbagai persembahan disampaikan bagi menghidupkan 5 tunggak yang mengetengahkan tarikan-tarikan unik Empire City. Mempamerkan keunggulan projek tersebut dalam Muzik, pemenang Australia’s Got Talent, Mark Vincent menghiburkan para hadirin dengan vocal yang merdu serta persembahan yang mengagumkan. Acara diteruskan bersama Cait, seorang pemain violin elektrik dan artis trapez yang mempersembahkan resital akrobatik luar alam nyata sambil beliau membalik-balik, berputar dan bermain violin secara terbalik, di ketinggian yang menakutkan bagi menghidupkan falsafah Empire City berkenaan Persembahan.

Merangkumi ciri Seni, pelukis pantas Michael Raivard dan Brad Blaze, kedua-duanya terkenal kerana menghasilkan karya agung yang unggul, mempersonakan para tetamu apabila mereka menghasilkan karya dengan pantas. Sekumpulan penari bayang-bayang mempersembahkan tarian artistik bagi memperkukuhkan status Reka bentuk projek pembangunan ini manakala bunyi bergemuruh gendang beserta naga yang terbang masuk menggambarkan akar umbi Budaya di Empire City.

Sebagai satu bonus khas, para tetamu turut dihiburkan oleh barisan bintang paling terkemuka di sirkit antarabangsa. Memberi persembahan selepas pengenalan 12 Menara Empire City’s 12 Towers, sosialit, waris perempuan dan personality media, Paris Hilton, mengambil alih pentas dan mempersembahkan adunan pengenalan trek EDM beliau. Tetapi, sebelum itu, pemain solo Mark Vincent telah muncul semula dan menghiburkan para tetamu dengan persembahan yang menakjubkan. Kemudiannya, penyanyi rap merangkap penari Kung-fu kumpulan Black Eyed Peas, Taboo, telah mempersembahkan beberapa trek paling popular kumpulan tersebut; I got a feeling, Boom Boom Pow, Where is the Love dan Rocking to the Beat.

Sebagai penutup tirai acara malam ini, DJ residen Zouk DJ Ken telah mempersembahkan muzik Electro House, Progressive House, Industrial dan Electronica.

Daripada gaya hingga ke perkhidmatan, dan seni bina dan kemudahan, Empire City berhasrat untuk menyampaikan pengalaman paling unik dan unggul buat semua. Antara pelbagai tarikan di Empire City termasuk beberapa tawaran yang tiada tandingan seperti panggung wayang sinematik 4-D pertama di dunia, gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik dan jalan berhias bergaya, seperti Asian Food Street, yang akan memberikan suasana mewah antarabangsa kepada para penghuni dan pengunjung.

Sebagai satu prebiu projek pembangunan, dan yang pertama kalinya bagi projek di Malaysia, “Party of the Century” Empire City dengan tema ‘Glamourous 20’s’ telah meletakkan suatu standard yang tinggi serta tanda aras yang baru buat yang lain untuk tahun 2015.

Party of the Century

Party of the Century

Party of the Century

Party of the Century

Party of the Century

Party of the Century

Party of the Century

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fantastic Four Official Teaser Trailer

Anuar Zain Memperkenalkan THE BOOK Koleksi Foto Konsert