in , , , ,

Zarina Anjoulie Minta Maaf Pada Sakinah & Fizo, Fazura Pula Jadi Penyelamat Hulur Bantuan

Beberapa hari lalu, pelakon Sharifah Sakinah telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung salah faham antara dia dan Zarina Anjoulie Lavocah sebelum ini. Susulan itu, Zarina Anjuli juga tampil melakukan perkara yang sama, iaitu memohon maaf dan mengakui segala kesilapannya.

Anju menerusi video berdurasi 2 minit 55 saat yang dimuat naik di IGTV Instagram meminta supaya warganet berhenti menulis kecaman terhadap Sakinah kerana dia sendiri mengenali peribadi Sakinah walaupun menurut segelintir netizen, Sakinah dikatakan tidak ikhlas memohon maaf dalam video tersebut. Menurut Anju, Sakinah sudah pun menghantar mesej kepadanya untuk memohon maaf diatas perselisihan pendapat antara mereka sebelum ini.

Terdahulu, kemelut antara dua pelakon ini mula tercetus selepas Sakinah mendakwa Anju lantang bersuara dan mengambil kesempatan untuk meraih perhatian dari isu beberapa artis menyuarakan pendapat untuk memohon bantuan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi untuk melariskan perniagaannya di Instagram.

Zarina Anjoulie Minta Maaf Pada Sakinah & Fizo, Fazura Pula Jadi Penyelamat Hulur Bantuan

“Semalam Sakinah buat video minta maaf, benda pun dah jadi. Kita pun dulu kawan, tak perlu gaduh, berbalas-balas. Jadi, Anju pun nak minta maaf pada Sakinah.”

“Dia pun dah DM saya minta maaf tapi masih ramai yang kecam kata dia tak ikhlas. Sebenarnya ikhlas atau tidak antara dia dengan Allah.

Anju tak kisah la, dia dah minta maaf pun,”

“Saya dengan Sakinah pernah berkawan baik dan tak perlu nak bergaduh. Saya pun nak minta maaf kepada Sakinah dan dia pun sudah meminta maaf dengan saya. Saya kenal dia dan dia adalah orang yang baik.

Mungkin dalam situasi sekarang, dia nak pertahankan kawan-kawan atau apa, tapi tak kisahlah. Yang saya tahu, dia adalah orang yang baik,”

– Zarina Anjoulie Lavocah
Zarina Anjoulie Minta Maaf Pada Sakinah & Fizo, Fazura Pula Jadi Penyelamat Hulur Bantuan
Zarina Anjoulie Minta Maaf Pada Sakinah & Fizo, Fazura Pula Jadi Penyelamat Hulur Bantuan

Zarina Anjoulie Lavocah Mohon Maaf Buat Fizo

Dalam pada itu, Anju juga meminta maaf kepada Fizo Omar selepas membalas komen Fizo dengan nada kasar sehingga mencetuskan perbalahan. Anju mengakui tindakannya melemparkan kata-kata negatif itu terlalu mengikut perasaan.

Zarina Anjoulie Minta Maaf Pada Sakinah & Fizo, Fazura Pula Jadi Penyelamat Hulur Bantuan

Malah, Anju berkata dia tidak malu untuk memohon maaf kepada Fizo serta mengakui kesilapannya yang telah melemparkan kata-kata negatif terhadap Fizo. Anju berkata ketika itu dirinya dalam keadaan marah dan beremosi.

“Lagi satu dengan Fizo Omar. Memang betul Anju ada sebut nama dia, di sini Anju nak minta maaf pada Fizo.

Untuk Anju, tak ada rasa malu nak minta maaf sebab mak bapa Anju cakap kalau salah kena minta maaf.

“Kalau aku boleh maki orang, buat apa aku nak malu minta maaf dekat orang itu. Memang betul aku ada sebut nama dia dalam video sebelum ini kerana terlalu ikutkan perasaan,”

– Zarina Anjoulie Lavocah

Dalam pada itu, Zarina berkata dia tetap akan meneruskan saman terhadap tiga orang artis yang didakwa memakinya sebelum ini menerusi aplikasi Telegram.Bagaimanapun, dia tidak menyebut siapakan artis berkenaan.

Perkongsian tersebut mendapat pujian dari para pengikutt Anju di Instagram. Menurut mereka, semua orang tak perlu malu untuk minta maaf dari terus memburukkan keadaan.

Fazura Muncul Tiba-Tiba Jadi Penyelamat Hulur Bantuan, Zarina Anjoulie Lavocah Terharu

Masih dengan kisah Anju, seperti sedia maklum, Anju turut giat memberikan sumbangan barangan keperluan buat yang orang ramai yang terjejas semasa tempoh PKP ini. Kegiatan baik yang dilakukan pelakon ini tidak kira tempat atau sesiapa membuatkan ramai ingin melakukan hal yang sama sepertinya. Apatah lagi, Anju juga sentiasa berkongsi perkembangan sumbangan yang telah dilakukan selain berkongsi cerita mengenai individu yang memerlukan di Instagramnya. 

Perkara berkenaan juga sekali gus membuka mata ramai pihak dan rata-rata senang mengikuti perkembangan yang dikongsikan lalu setiap postingnya itu menerima doa yang baik dari orang ramai. 

Buletin Viral Sharifah Sakinah Fazura Man Raja Lawak Elly

Pun begitu, apa yang menjadi perhatian juga Zarina Anjoulie mendedahkan turut ada seorang selebriti yang dipanggilnya kakak mahu memberi sumbangan.

Hal berkenaan membuatkan Anju menerusi Instagram berterima kasih kepada selebriti berkenaan yang didedahkannya bahawa selebriti tersebut merupakan pelakon jelita popular, Fazura. Kongsi Zarina Anjoulie menerusi video berkenaan tentang barang sumbangan yang dibelinya lalu dia memberitahu bahawa Fazura telah menghantar mesej untuk memberikan sumbangan dan akuinya jumlah yang disumbang itu cukup banyak dan mengejutkan dirinya.

Tindakan selebriti berkenaan membuatkan dirinya dapat menyambung pembelian barang sumbangan untuk diberikan kepada yang memerlukan.

Selain Fazura, Zarina Anjoulie turut berkongsi kisah abang burger yang juga memberikan sumbangan. Perkongsian dari Anju dedah Fazura menyumbang itu membuatkan netizen menghujani kata-kata positif dan mendoakan selebriti itu dan mereka turut meninggalkan komen-komen berkenaan menerusi laman Instagram milik Fazura.

Anju menganggap mesej yang dihantar oleh Fazura menjadi ‘penyelamat’ apabila Anju dikatakan kad kredit sudah cukup had untuk membayar barangan keperluan yang akan diagih kepada golongan kurang berkemampuan.

“Kami berhadapan masalah kewangan apabila kad kredit yang digunakan sudah melebihi had. Justeru, kami bercadang menyambung semula pembelian esok (hari ini).

“Tiba-tiba saya menerima mesej peribadi daripada seorang artis yang menyatakan hasrat untuk memberi sumbangan… Artis yang dimaksudkan adalah Kak Fazura.

“Sebaik sahaja melihat wang yang dipindahkan, saya terkejut kerana jumlahnya sangat banyak.

“Saya belajar sesuatu iaitu jika kita berniat baik hendak membantu orang, walaupun berhadapan masalah, Allah tetap membuka jalan,”

– Zarina Anjoulie Lavocah

Menerusi video itu, Zarina turut menunjukkan barangan keperluan yang dibeli menggunakan wang sumbangan Fazura bersama seorang lagi dermawan yang juga pengusaha burger.

Antara barangan yang dibeli adalah lampin pakai buang, susu formula serta makanan seperti beras, roti, telur dan pelbagai lagi.

Terharu dengan sifat murah hati Fazura itu, Zarina meminta semua pihak yang menonton video berkenaan agar membanjiri IG Fazura dengan emoji cinta dan ucapan terima kasih.

What do you think?

62 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Langgar Perjanjian: Keputusan Kes Saman Pelakon Fazura 6 Mei

Program Terbaharu di TV ALHIJRAH Strategi Pujuk Rakyat Kekal Tenang di Rumah