in ,

Amylea Tersingkir Dari One In A Million Gara-Gara Gagal dalam Persembahan Konsert Khas

Konsert One In A Million semalam telah menyingkirkan Amylea. Sesuatu yang mengejutkan kerana Amylea antara yang mendapat sanjungan juri.

Apa boleh buat, semua atas kehendak penonton. Dan ternyata ramai penonton agak terkejut semasa keputusan diumumkan oleh pengacara, Awal Ashaari dan Marion Caunter.

Menurut Amylea, dia berasa terkejut berbaur terkilan kerana tidak dapat mempersembahkan `konsert’ khas kepada saudara-mara, kenalan dan para penyokongnya.

3290108799 033F2F3Ef8 O | 4

“Saya tidak akan berasa begini jika keputusan ini diketahui di akhir persembahan saya,” katanya dalam nada sebak.

Untuk minggu kesembilan OIAM, tema pertandingan ialah “In Concert” yang membenarkan para peserta OIAM merencanakan konsertnya sendiri. Amylea sepatutnya mendendangkan adunan tiga lagu Yesterday Once More nyanyian Carpenters, Fallin’ (Alicia Keys) dan Love Song (Sarah Bareilles).

Bagaimanapun, Amylea dibenarkan melakukan persembahan terakhirnya hanya menerusi lagu I’m Yours oleh penyanyi antarabangsa terkenal, Jason Mraz. Keputusan malam tadi adalah berdasarkan 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas imuniti ditarik balik pada minggu ketujuh.

Selepas Amylea tersingkir, empat peserta meneruskan saki-baki perjuangan masing-masing dalam OIAM. Esther merupakan satu-satunya peserta wanita dalam kalangan peserta lelaki.

Tiga peserta lelaki pula terdiri daripada Tomok, Aweera dan Nine.

3060323863 F48085B0B0 O | 5

Semoga Amylea terus sukses selepas ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KTO dan LG Beramal Melalui Break Out

PERUBAHAN JADUAL BERITA RTM MULAI 20 APRIL 2009