in , ,

Amylea Azizan & Isma Yusoof, Ada Apa-Apa Ke? Atau Sekadar Gosip Semata?

Siapakah jejaka kacak yang menemani Amylea AF3 tu? Macam pernah lihatkan? Tapi di mana ya?

Hahaha… hampir terkejut Budiey apabila melihat Isma Yusoof, pelakon Sutun 2 berjalan seiringan dengan Amylea. *Mood lagu Seiring dan sejalan. Saje je nak bergosip ni… padahal Isma tidak ada hubungan apa-apa dengan Amylea. Jangan pula nanti masuk suratakhbar pulak. Nak kata Isma yang reka pakaian Amylea, tak pernah Isma cakap dia kat Budiey yang dia dah bertukar karier. Cuma Isma katanya, sekadar menemani Amylea… kira macam bodyguard la ek?

Apa-apa pun, Isma memang vogue dengan gaya rambut yang tersangatlah urbannya!

Isma: Amylea, hensem tak I? Nampak gemuk ke?

Amylea: You look very the hensem… mana ada… you still dikategorikan sebagai jejaka kacak yang slim.

Isma: Apa-apa jelah Amylea nih. Eh! tu peminat nak bersalam ngan you… nanti dia kata Amylea sombong pulak.

Oh ya, bercakap pasal Isma, selain akan muncul dalam Siri Drama Samarinda Emil Emilda di TV3 pada bulan Mac ini, Isma juga katanya akan berlakon dalam sebuah drama yang berjudul A.D.A.M Kelab Lelaki Terluka. Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin yang pernah meletop dengan drama Seputeh Qasih Ramadan dan Sutun 1 & 2. Skrip pula ditulis oleh seorang penulis blog e-novel, Nizam Zakaria.

Biasanya cerita-cerita yang dilakonkan oleh Isma memang unik dari segi watak yang dipegangnya. Diharap drama ini akan menaikkan nama Isma sebagai seorang pelakon drama berkaliber suatu hari nanti. Good luck to you Isma!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ella 2020 | 22

Ini Penjelasan! Budiey Bukan Bakal Suami Ella! Siapa Bakal Suami Ratu Rock Malaysia?

Alif Satar | 23

Foto Menarik Sekitar Jamuan Makan Malam Filem PUAKA TEBING BIRU