in , ,

Foto Menarik Sekitar Jamuan Makan Malam Filem PUAKA TEBING BIRU

Layan Sekitar Jamuan Makan Malam Filem PUAKA TEBING BIRU Yang Berlangsung Baru-Baru Ini… ada kisah dan cerita tersemat di dada diari… segalanya mematangkan kehidupan kita. Terus berjuang!

Kelihatan tetamu sedang mendaftarkan namanya.

Bekas pengacara Beat TV yang kini popular dalam iklan Hotlink Plan Mudah sedang berbual pasal filem terbarunya. Nama apa dah dia ni. Lupa lak. Tapi nama dia unik sikit, susah nak sebut. Suka tengok dia bersama Dynas mengendalikan Beat TV. Memang happening!

Updated: Saya diberitahu oleh bahawa nama bekas pengacara Beat TV yang tinggi lampai itu ialah Bronx. Juga mempunyai darah campuran Melayu Siam. Pernah berlakon bersama Rosyam Nor dalam Castello.

Ternyata jamuan di Restoran Amarin Heavenly Thai begitu menyelerakan dan mengenyangkan saya. Yang peliknya, saya perhatikan semua hadirin yang datang makan sikit sahaja. Diet ke diorang ni? Atau tak sabar nak tonton filem Puaka Tebing Biru?

 Haaa… yang ini pula korang mesti kenal. Tam atau nama penuhnya, Nor Azemi Suhaimi namanya. Ala, masa dia budak-budak dulu ada berlakon dengan Jaafar Onn dan Melissa Saila dalam Cili Padi. Salah seorang pelakon drama Dunia Anita di TV3 yang tampil dengan gaya santai tapi kemas. Kesian dia, mengidam watak orang dewasa katanya. Kerap sangat dia berlakon drama kan?. (Drama je ke, Tam? Filem bila lagi? Ops!)

Para jemputan eksklusif dan VIP sedang menikmati jamuan. Sebelah kanan sekali tu, Amir Luqman, seorang pereka fesyen yang sedang meningkat naik. Katanya, salah seorang pelakon Puaka Tebing Biru, Coryn Adrieene (yang jadi housemate Ratna-lakonan Nasha Aziz) mengenakan baju rekaan Amir.

Alif: Muka you ni familiarlah. You ni kameraman astro ke?

Budiey: Taklah, saya jurukamera sambilan… Saje je ni suka-suka datang. Haa… kalau ada nak ambik gambar kenduri kahwin ke, majlis apa-apa ke, parti ke, modelling kat tepi tasik ke, call saya ya ah! Harga perkhidmatan memang murah… gambar dijamin bermutu. Nah, ni kad saya.

Sambil menghulurkan kad bisnes, Alif tersengih menampakkan giginya yang masih diikat dengan braces.

Alif: OK, terima kasih… Nanti jangan lupa beli album saya…

Budiey: Oooo yang ada lagu Khayal tu ek? (sempat dia promote tuuuu…)

Nantikan foto-foto Nasha Aziz, Syarifah Amani, Umie Aida, Fahrin Ahmad di entri yang seterusnya!

MESTI BACA:

1. Sinopsis Filem Puaka Tebing Biru

Untuk foto yang lebih BESAR: http://budifoto.blogspot.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amylea Azizan & Isma Yusoof, Ada Apa-Apa Ke? Atau Sekadar Gosip Semata?

JANGAN PANDANG BELAKANG: Apabila Yang Mati Bertemu Yang Hidup