in , ,

Berjayakah Amy Search Menemui Penyanyi Sebenar dalam I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA?

I Can See Your Voice Malaysia Musim Ke-4 Bakal Melabuhkan Tirai Ahad Ini, Persoalannya, Berjayakah Amy Search Menemui Penyanyi Sebenar? Jangan Lupa Saksikan!

Tiga minggu berturut-turut, artis jemputan ICSYVMY4 iaitu Ruffedge, Azlan Typewriter dan Adira Suhaimi gagal dalam percaturan mereka untuk mengenal pasti penyanyi sebenar. Alif Satar yang bertukar peranannya sebagai artis jemputan pada episod lepas telah berjaya berduet dengan penyanyi sebenar di pusingan akhir! 

Selepas 11 minggu bersiaran, ICSYVMY4 diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan bakal melabuhkan tirainya pada hari Ahad akan datang (1 Ogos 2021), pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam di TV3 dan strim live di www.tonton.com.my 

AMY SEARCH

Episod Terakhir I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA

Pada hari Ahad yang lepas, Alif Satar & The Locos membuka tirai episod 11 dengan lagu ‘Anugerah Terindah’. Yakin dengan pengalaman beliau sebagai ahli panel penyiasat, Alif Satar yang hadir bersama dengan The Locos memulakan tugas mereka dengan tenang dan santai. Dari awal program, Alif Satar & The Locos telah mengecam penyanyi misteri nombor 3 sebagai penyanyi sebenar. Ternyata Nik Shahidan, 20 tahun yang terpilih di pusingan akhir tidak mengecewakan Alif Satar kerana vokal beliau sangat padu dan mantap ketika berduet lagu ‘Sesungguhnya’. 

Enam penyanyi misteri diperkenalkan pada setiap episod. Mereka diberikan dua identiti yang berbeza untuk mengelirukan artis jemputan dan panel penyiasat. Jika penyanyi misteri yang berjaya ke pusingan akhir ialah seorang penyanyi sebenar, beliau akan memenangi peluang untuk merakam sebuah single bersama artis popular tanah air. Sekiranya beliau ialah seorang penyamar bersuara sumbang, beliau akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 3000.00

ICSYVMY4 dihoskan oleh Sean LJE dan Shuk Sahar menampilkan Digi Prepaid sebagai penaja utama, Lazada Malaysia sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital. Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial. 

HAZAMA

Siapakah Penyanyi Sebenar?

Jangan ketinggalan untuk menonton I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) episod akhir pada hari Ahad ini (1 Ogos 2021), pukul 9.00 malam di TV3 yang menampilkan Amy Search sebagai artis jemputan manakala Hazama dan Ain Edruce sebagai penyiasat jemputan di samping panel penyiasat tetap iaitu Alif Satar, Jihan Muse dan Fad Bocey. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

1X0A2712
1X0A2707
1X0A2676

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza & Haqiem Rusli Antara Pemenang JOOX Top Music Awards Malaysia Pertengahan Tahun 2021

Usahawan Kosmetik Akan Dipanggil Polis, Buat IG Live Sambil Makan Durian Berjemaah