in , ,

Siti Nurhaliza & Haqiem Rusli Antara Pemenang JOOX Top Music Awards Malaysia Pertengahan Tahun 2021

Sebanyak 126 juta undian telah dilakukan oleh pencinta muzik Malaysia untuk memilh artis-artis paling berbakat dan popular serta lagu-lagu hit dalam JOOX Top Music Awards Malaysia (Pertengahan Tahun) 2021. Nah! Ini senarai pemenang!

Peminat muzik di Malaysia telah bersuara dan memilih artis dan lagu lokal dan antarabangsa yang paling mereka gemari di JOOX Top Music Awards Malaysia (Pertengahan Tahun) 2021, yang dipersembahkan oleh JOOX, platform penstriman muzik paling berdedikasi di Asia.

Haqiem Rusli, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Khai Bahar, Naim Daniel dan Ukays dinobatkan sebagai Top 5 Artis: Lokal, lantas menunjukkan keutuhan populariti mereka di kalangan peminat muzik masa kini. 

Khai Bahar menjadi artis pertama yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Top Pilihan Peminat dimana untuk julung kalinya anugerah ini diperkenalkan dan 100% dipilih oleh peminat muzik tempatan. Khai Bahar telah menerima sebanyak 15.6 juta undian untuk membawa pulang anugerah berprestij ini.

Sebagai tanda terima kasih kepada peminat muzik di Malaysia yang telah mengundi melakukan sebanyak 126 juta undian sekaligus menunjukkan peningkatan sebanyak sepuluh kali ganda dari jumlah undi terkumpul pada tahun lalu, para artis yang  memenangi anugerah ini akan berada di JOOX ROOMS pada hari Jumaat dan Sabtu ini untuk berinteraksi secara langsung dengan peminat mereka.

Adakah Ini Mimpi

Siapakah Pemenang JOOX Top Music Awards Malaysia Pertengahan Tahun 2021

Peminat muzik telah menggunakan kekuatan dan kuasa yang ada di tangan mereka untuk menobatkan artis-artis berbakat dan popular bagi membawa pulang anugerah berprestij ini dimana sebanyak 126 juta undian telah terkumpul dari seluruh Malaysia. Jumlah undian keseluruhan ini adalah amat memberangsangkan kerana ianya menunjukkan peningkatan sebanyak sepuluh kali ganda dari tahun 2020.

Bukan itu sahaja, sebanyak 22 JOOX ROOMS telah diaktifkan oleh peminat dan artis untuk membincangkan tentang anugerah dan pengundian ini dalam masa nyata.

Sebagai tanda terima kasih JOOX kepada penggunanya, para pemenang anugerah akan berinteraksi dengan peminat tersayang mereka di JOOX ROOMS pada hari Jumaat dan Sabtu ini (30 – 31 Julai). Acara ini pastinya tidak akan dapat dilupakan oleh peminat muzik Malaysia!

Jadual Sesi Jumpa Peminat Pemenang Anugerah di JOOX ROOMS:

*Sesi ini akan diadakan pada masa yang sama di “JOOX ROOMS” yang berbeza

30 Julai (Jumaat), 9 malam31 Julai (Sabtu), 9 malam
Khai BaharJaz (Indonesia)
Naim DanielOne Avenue Band
Naqiu, Vanessa ReynoldReedzwan

Ukays

Peminat muzik tempatan menobatkan lagu-lagu ini untuk memenangi Anugerah Top 5 Hit: Lokal – Adakah Ini Mimpi oleh Reedzwann; Rindu Separuh Nyawa oleh Naqiu dan Vanessa Reynauld; Sekali Lagi oleh Siti Nordiana dan Nubhan; Karma oleh Kaka Azraff dan Jaz; dan tidak ketinggalan lagu JOOX ORIGINALS Sama Sama Suka oleh One Avenue Band.

Pada anugerah ini juga didapati selera pencinta muzik Malaysia yang pelbagai kerana mereka memilih lima bintang pop kegemaran mereka iaitu Haqiem Rusli, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Khai Bahar, Naim Daniel dan Ukays untuk membawa pulang Top 5 Artis: Lokal. 

Khai Bahar merupakan pemenang terbesar pada anugerah ini kerana mendapat sokongan paling banyak daripada peminat dengan memperoleh 15.6 juta undian sekaligus merangkul Anugerah Top Pilihan Peminat yang julung kalinya diperkenalkan dan dipilih 100% oleh peminat muzik tempatan.

Khai Bahar

Di pentas antarabangsa, lima hit paling hangat dari artis terkenal dunia juga telah dinobatkan oleh peminat Malaysia, “Leave The Door Open” oleh Bruno Mars, Anderson .Paak dan Silk Sonic; “Build A B*tch (Explicit)” oleh Bella Poarch; “Reckless” oleh Madison Beer; “Drivers License” oleh Olivia Rodrigo; dan “Hold On”oleh Justin Top 5 Hit: Antarabangsa, di mana Justin telah dinobatkan dalam kategori yang sama untuk kali keempat pada tahun ini. Bukan itu sahaja, Ariana Grande juga telah dinobatkan untuk kali keempat dalam anugerah Top 5 Artis: Antarabangsa, dimana berkongsi tempat dengan Alan Walker, Justin Bieber, Bruno Mars dan Jay Chou 周杰伦.

Haqiem Rusli

Kekuatan K-Pop yang menjadi fenomena muzik global sememangnya tidak dapat disangkal lagi, termasuklah di Malaysia kerana pengguna JOOX Malaysia tekad memilih Top 5 Hit: K-Pop pilihan mereka iaitu “Butter” oleh BTS; “On The Ground” dan “Gone” oleh Rosé ; “Fireworks (I am The One)” oleh ATEEZ dan  “HWAA” oleh (G)I-DLE, ini merupakan kemenangan buat kali keempat BTS dalam kategori ini. Selain itu, peminat setia ATEEZ di Malaysia ternyata bersatu untuk memberikan sokongan padu dan memastikan idola mereka memenangi kategori berprestij ini pada tahun ini.

Naim Daniel

Angie Tan, Head of JOOX Malaysia, menyatakan, “JOOX sangat berbesar hati kerana dapat menyediakan cara terbaik kepada peminat muzik di Malaysia untuk menyuarakan pendapat mereka yang sangat berharga – dengan memberikan mereka kuasa untuk memilih siapakah artis pilihan masa kini. Kejayaan “JOOX Top Music Awards Malaysia (Pertengahan Tahun) 2021” telah membuktikan betapa hebatnya industri muzik pop Malaysia, dengan sokongan padu oleh peminat muzik tempatan kepada idola tempatan mereka untuk memenangi anugerah berprestij ini dan berkongsi tempat bersama dengan nama-nama terbesar dalam arena muzik antarabangsa.”

Siti Nurhaliza

Keputusan JOOX Top Music Awards Malaysia (Pertengahan Tahun) 2021:

Top 5 Hit: Lokal

LaguArtis
Adakah Ini MimpiReedzwann
Rindu Separuh NyawaNaqiu & Vanessa Reynauld
Sekali LagiSiti Nordiana & Nubhan
KarmaKaka Azraff & Jaz
Sama Sama Suka [JOOX ORIGINALS]One Avenue Band

Top 5 Artis: Lokal

Artis
Haqiem Rusli
Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Khai Bahar
Naim Daniel
Ukays

Top 5 Hit: Antarabangsa

LaguArtis
Leave The Door OpenBruno Mars, Anderson .Paak, Silk Sonic
Build a Bitch (Explicit)Bella Poarch
RecklessMadison Beer
Drivers LicenseOlivia Rodrigo
Hold OnJustin Bieber

Top 5 Artis: Antarabangsa

Artists
Ariana Grande
Alan Walker
Justin Bieber
Bruno Mars
Jay Chou 周杰伦
Butter

Top 5 Hit: K-Pop

SongsArtists
ButterBTS
On The GroundRosé
GoneRosé
Fireworks (I’m The One)ATEEZ
HWAA(G)I-DLE

Anugerah Top Pilihan Peminat: Khai Bahar

Ini baru sahaja separuh pertama tahun 2021, dan lebih banyak lagi inisiatif yang akan diketengahkan oleh JOOX! Nikmati akses 24 jam ke hit terhebat 2021 dan artis paling popular di Malaysia melalui JOOX, yang kini mempunyai pustaka muzik pelbagai genre dengan lebih daripada 40 juta lagu oleh artis tempatan dan antarabangsa di. Jangan ketinggalan untuk mengikuti trend muzik pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui aplikasi JOOX di telefon bimbit atau desktop – muat turun aplikasi JOOX di Apple App Store dan Google Play Store atau laman sesawang JOOX website

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vokal Hebat Hafiz Suip & Ernie Zakri Dalam Single Terbaru BERAKHIRLAH PENCARIANKU

Berjayakah Amy Search Menemui Penyanyi Sebenar dalam I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA?