in ,

Usahawan Kosmetik Akan Dipanggil Polis, Buat IG Live Sambil Makan Durian Berjemaah

Ahli perniagaan kosmetik terkenal akan dipanggil untuk memberi keterangan kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila dia membuat Instagram Live sambil menikmati durian bersama beberapa lagi individu lain.

Sejak tengahari tadi, tular di media sosial satu tangkap layar memperlihatkan seorang usahawan kosmetik yang juga influencer terkenal sedang bersiaran langsung sambil menikmati durian bersama beberapa individu lain.

Mula di muat naik seorang pengguna Twitter, tangkap layar tersebut mengundang pelbagai persoalan dan spekulasi di kalangan netizen kerana tindakan usahawan yang juga penyanyi itu disifatkan telah melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan dalam mengawal penularan wabak Covid-19.

Usahawan Kosmetik Akan Dipanggil Polis, Buat IG Live Sambil Makan Durian

“***** ****** jemput orang datang makan durian dekat rumah tak kena saman ke? ”

– ciap pengguna Twitter

Berang dengan tindakannya beberapa pengguna Twitter kemudian mula menanda akaun (menge’tag’) akaun Rasmi PDRM memohon siasatan dilakukan kepada usahawan berkenaan.

Usahawan Kosmetik Akan Dipanggil Polis, Buat IG Live Sambil Makan Durian Berjemaah Usahawan Kosmetik Akan Dipanggil Polis, Buat IG Live Sambil Makan Durian Berjemaah

Usahawan Kosmetik Akan Dipanggil Bagi Keterangan

Tidak sampai sehari tular, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan usahawan berkenaan akan dipanggil untuk membantu siasatan kerana tindakannya dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, pihaknya telah menerima laporan berhubung isu tersebut pada 4 petang hari ini.

“Pengusaha kosmetik itu adalah seorang selebriti terkenal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial. Penularan tangkap layar video itu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat kerana melanggar SOP Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara,”

– Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood

Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berjayakah Amy Search Menemui Penyanyi Sebenar dalam I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA?

Best! Sinopsis Drama Bersiri HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU Lakonan Elisya Sandha & Eyka Farhana