in

Amy Mastura Berkempen Roadshow Lifebuoy & Giant

LIFEBUOY MEMPERTINGKATKAN KEMPEN BERSAMA GIANT DAN AMY MASTURA

Berikutan kejayaan pelancaran dan pelaksanaan Kempen Malaysia, Jom Lebih Sihat! pada awal bulan Mac, Lifebuoy Malaysia hari ini pula melancarkan “Roadshow” Malaysia, Jom Lebih Sihat Bersama Amy Mastura & Giant yang merupakan susunan kepada kempen tersebut.

Bagi susulan kepada kempen ini, Lifebuoy bekerjasama bersama Giant – peneraju rangkaian pasaraya besar di negara ini – dalam memulakan siri “roadshow” yang akan berlangsung selama tempoh 5 minggu di 5 lokasi yang berbeza di seluruh negara dan ia juga akan berlangsung bersamaan dengan kempen tahunan Famous Brand Giant.

Gambar: Amy Mastura melancarkan “roadshow” eksklusif Malaysia, Jom Lebih Sihat Bersama Amy Mastura & Giant di Giant Hypermarket Bandar Kinrara.

“Roadshow” Malaysia, Jom Lebih Sihat Bersama Amy Mastura & Giant mempunyai matlamat untuk mengukuhkan usaha-usaha Lifebuoy untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan kebersihan peribadi melalui penggunaan produk-produk kebersihan peribadi yang terkini, supaya dapat menjauhkan diri dari penyakit-penyakit merbahaya yang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini.

“Roadshow” ini juga akan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti sesi demonstrasi langkah-langkah menbasuh tangan yang betul dan peraduan “Spin & Win” di mana orang ramai mempunyai peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik bagi setiap pembelian produk-produk Lifebuoy dengan harga minimum RM15. Lifebuoy juga akan mengadakan tawaran-tawaran hebat “Happy Hour” dua kali sehari semasa “roadshow” itu di mana pembeli-pembeli boleh mendapat satu pek pengisian semula dengan setiap pembelian 1 liter sabun mandi Lifebuoy.

Menurut Lenny Chuah, Pengurus Bahagian Penjagaan Kulit, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, “Kempen ini mencerminkan komitmen kami yang berterusan kepada masyarakat dalam menyokong wawasan 1Malaysia iaitu memastikan bahawa semua rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, kepercayaan atau status sosial & ekonomi mereka, sihat sepanjang masa walaupun di dalam keadaan risiko kesihatan yang tinggi.”

“Dengan kerjasama kami bersama Giant – yang merupakan salah satu tempat membeli-belah yang terbesar – dan Amy Mastura, salah seorang duta kempen “Malaysia, Jom Lebih Sihat’, kami mempunyai sasaran untuk menghulurkan lebih banyak bantuan kepada masyarakat untuk memastikan yang mereka sihat dan bebas penyakit”, kata Cik Lenny.

Menurut Norine Majaman, Pengurus Pemasaran, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat yang memiliki Giant, beliau percaya bahawa kempen sebegini dapat membantu memperbaiki mutu kesihatan seterusnya kehidupan komuniti tidak kira apa juga bangsa, agama dan jantina. Beliau juga berkata bahawa melalui jaringan pasaraya Giant yang luas dan bilangan pengguna yang ramai, Giant boleh memainkan peranan aktif dalam program pendidikan dan kesedaran umum sebegini bagi meningkatkan tahap kebersihan diri di kalangan rakyat Malaysia.

Gambar: Amy menandatangan autograf semasa sesi berkenalan dengan peminat.

Kempen Malaysia, Jom Lebih Sihat! dilancarkan pada 2 Mac sebagai sebahagian dari azam Lifebuoy untuk menggalakkan semua rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat serta memberi golongan yang kurang bernasib baik peluang untuk hidup bebas dari masalah kesihatan melalui pemberian produk-produk penjagaan kebersihan.

Melalui kempen tersebut, Lifebuoy akan menyumbangkan sebuku sabun dengan setiap pembelian produk Lifebuoy kepada keluarga-keluaraga kurang bernasib baik di Malaysia dari 1 Mac hingga ke 31 May 2010. Di akhir tempoh 3-bulan ini, Lifebuoy mempunyai sasaran untuk mengumpulkan satu juta buku sabun yang akan didermakan kepada orang-orang yang kurang berkemampuan di seluruh negara.

Tarikh dan lokasi “Roadshow” Malaysia, Jom Lebih Sihat Bersama Giant:
31 Mar – 4 April 2010 : Giant Hypermarket Bandar Kinrara
14 April – 18 April 2010 : Giant Hypermarket Kuantan
21 April – 25 April 2010 : Giant Hypermarket Kota Damansara
28 April – 2 May 2010 : Giant Hypermarket Plentong
12 May – 16 May 2010 : Giant Hypermarket Bayan Baru

Amy berkongsi pandangan dengan para media semasa sesi soal-jawab di majlis perasmian. Bersama Amy ialah Cik Norine Majaman, Pengurus Pemasaran GCH Retail (M) Sdn Bhd (kiri) dan Cik Lenny Chuah, Pengurus Jenama Penjagaan Kulit, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Gambar: Amy menghiburkan media dan orang ramai dengan sebuah lagu pada akhir sesi soal jawab.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Media Prima TV Networks Returns to Africa

Senyuman Kraft Singles Game Show Ceriakan TV9