in

Ampunkan Aku Mak Lakonan Qazem Nor & Melisa Saila

Ampunkan Aku Mak Menerusi Slot Khas Sempena Hari Ibu Temui Penonton Di TV2

Sambutan hari ibu merupakan saat yang paling indah untuk diraikan bagi memperingati jasa dan pengorbanan insan bergelar ibu. Bagi menghayati erti kasih sayang seorang ibu, kali ini Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) mengambil kesempatan untuk menyediakan slot menarik khas hari ibu dengan hidangan rancangan-rancangan menarik di TV2.

Qazem Nor

Sebuah drama melayu diterbitkan khas sempena hari ibu bakal keudara bertajuk Ampunkan Aku Mak bakal temui penonton mulai 6 Mei 2011 , jam 10.00 malam menerusi Slot Citra di TV2. Drama yang penuh keinsafan dan sarat dengan mesej yang berguna sesuai buat tontonan seisi keluarga. Dengan menampilkan pelakon wanita Fadzilah Mansor yang membawa watak utama sebagai Mariam serta barisan pelakon hebat antaranya Qazem Nor, Melisa Saila, Raja Azri, Maya Matahari, Mahyon Ismail dan Delimawati.

Drama ini mengisahkan Mariam, yang kematian suaminya dan kini tinggal keseorangan di rumahnya. Mariam merupakan seorang ibu tunggal kepada tiga orang anakn iaitu Maya yang sulung, Malik dan Mikail baru menikahi isterinya Ain. Mariam bersyukur kerana dikurniakan tiga orang anak yang berjaya dalam kehidupan dan mempunyai kerjaya yang cemerlang atas hasil berkat bimbingan dirinya dan arwah suami.

Dalam meniti hari-hari yang keseorangan, Mariam selalu terkenangkan saat-saat manis bersama suami anak-anaknya. Ketika anak-anaknya masih kecil sehinggalah meningkat remaja dan dewasa, Mariam adalah insan yang berusaha membesarkan anak-anaknya tanpa mengira penat lelah sewaktu membersarkan mereka. Dia amat berasa bersyukur dikurniakan keluarga yang bahagia dan dia tahu semua yang dimilikinya atas usaha yang sentiasa menjaga kepentingan keluarganya dari dulu lagi.

Namun semua kenangan indah itu tidak lagi wujud dalam hidupnya. Mariam merasakan dirinya disisihkan anak-anak, menantu dan cucunya yang kini tinggal berjauhan dengannya. Jangankan hendak menjenguk datang ke rumahnya, bertanyakan khabar pun jarang sekali. Mariam berasa amat sedih dengan tindakan anak-anaknya yang kini melupakan dirinya dengan alas an anak-anaknya sibuk.

Mariam amat merindui anak-anak dan cucu-cucunya. Sehinggalah Mariam menggagahkan dirinya untuk mengunjungi rumah anak-anaknya. Namun tujuannya tidak seindah yang di harapkan.Kehadirannya bagaikan tidak disedari dan tidak dilayan menyebabkan Mariam pulang dengan hati hiba. Mariam kesal dengan sikap Maya, Malik dan Mikail. Hendak bermanja dengan anak bongsunya Mikail, lain pula jadinya. Sikap isteri Mikali Ain yang sering tidak bersependapat dengan Mariam. Walaupun Mikail adalah anak kesayangannya, namun Mariam akur untuk menjauhkan diri kerana dia tidak sanggup melihat anak menantunya bergaduh kerananya.

Setiap malam Mariam berdoa kepada Allah memohon petunjuk agar dapat mengubah sikap anak-anaknya. Keesokan paginya sewaktu Mariam hendak mengerjakan solat Subuh dia tergelincir jatuh. Mariam dikejarkan ke hospital dan disahkan koma. Ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri , Mariam bagaikan dibawa ke dunia silamnya dengan memaparkan satu persatu perjalanan hidupnya ketika mudanya. Mariam mula terbayang wajah wanita tua iaitu ibu mertuanya dimana dia pernah berlagak sombong dengan ibu kandung suaminya dahulu. Mariam dapat melihat dirinya ketika muda.

Sebaik tersedar dari koma, Mariam dikelilingi anak, menantu dan cucunya. Mariam menangis kesal dengan perbuatannya yang lalu. Benarlah seperti yang dikatakan, darjat seorang ibu mertua itu sama tarafnya dengan ibu kandung dan tuhan membalas perbuatan umatnya tidak hanya di akhirat, tetapi di dunia juga sudah terlihat azabnya. Walaupun kini kehidupannya kembali bahagia dengan kehadiran anak-anak, menantu dan cucu-cucunya namun jauh di sudut hatinya masih tersisa rasa bersalah dan berdosa atas perbuatannya yang lalu.

Saksikan Ampunkan Aku Mak sebuah drama menarik yang menyentuh perasaan pastinya memberi kesan mendalam buat tontonan umum dihidangkan khas sempena Hari Ibu mulai 6 Mei 2011, Jumaat bermula jam 10.00 malam menerusi slot Citra hanay di saluran TV2.

Poster Rtm 1 Ammend

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Big Time Rush New Debut Album

Steven Dexter The Secret Life of Nora