in , ,

Amir Hasan Lancar Single Kedua Berjudul GADIS YANG KU TUNGGU

Selepas muncul dengan single pertama yang berjudul ‘Bicaramu’ pada tahun lalu, penyanyi muda yang semakin meningkat naik, Amir Hasan kini tampil dengan single keduanya yang berjudul ‘GADIS YANG KU TUNGGU’.

Lagu GADIS YANG KU TUNGGU dicipta oleh penyanyi dan komposer terkenal Aizat Amdan bersama Mel Ramlan. Lagu ini berkisarkan tentang seorang gadis yang bakal menjadi jodoh tetapi masih tidak tahu siapakah gerangan orangnya. Jodoh adalah rahsia Tuhan. Hanya kita sahaja yang perlu berusaha untuk mencarinya, betul tak?

Amir Hasan - Gykt (Cover Art)

Amir Hasan Tampil Dengan GADIS YANG KU TUNGGU

Menyingkap disebalik perjalanan karier seni jejaka kacak ini, nama Amir Hasan, 23, mula meniti di bibir peminat seni muzik tanah air selepas videonya yang sedang menyanyikan lagu Akad dendangan asal Payung Teduh di sebuah kedai Vape atau rokok elektronik menjadi tular di media sosial.

“Inspirasi saya untuk lagu ini adalah tentang jodoh. Tajuk lagu ini ‘Gadis Yang Ku Tunggu’, tetapi sebenarnya saya sendiri tidak tahu siapa gadis itu,”

“Gadis itu sebenarnya adalah jodoh saya sama ada saya sudah mengenalinya ataupun tidak. Ia ditujukan kepada gadis yang bakal menjadi isteri saya satu hari nanti,”

Amir Hasan

Selain itu, Amir turut kerap memuatnaik video nyanyian lagu cover di media sosial atas permintaan ramai yang mahu mendengar versi nyanyiannya.

‘GYKT’ merupakan single terbitan Warner Music Malaysia dan boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 8 Mac 2019 di pautan ini -> https://wmm.lnk.to/GYKT.

Amir Hasan Lancar Single Kedua Berjudul Gadis Yang Ku Tunggu

MENGENAI AMIR HASAN

Amir Abu Hasan atau dikenali sebagai Amir Hasan merupakan seorang pemuda berusia 23 tahun yang meminati nyanyian dan mempunyai bakatnya yang tersendiri. Amir boleh melakukan suara seakan ‘Chipmunk’ sejak di bangku sekolah lagi.

Amir dikenali apabila tular selepas menyanyikan lagu Akad nyanyian Payung Teduh dan digelar sebagai ‘Abang Vape Suara Sedap’. Selepas dikenali, Amir muncul dengan singlepertamanya yang berjudul Bicaramu pada tahun 2018 dan beliau bernaung dibawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia. 

IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT AMIR HASAN DI MEDIA SOSIAL

FACEBOOK:https://www.facebook.com/itsamirhasan/

INSTAGRAM: https://instagram.com/amrhsn_

Amir Hasan Lancar Single Kedua Berjudul Gadis Yang Ku Tunggu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sufi Rashid Terus Mengorak Langkah Dalam IMPLIKASI

Mafidz Bakal Adakan ADA ANGIN & HATI Musical Showcase