in , ,

Amir Hasan Pertaruhkan Single Terbaru Berjudul CUMA KAMU

Tampil Dengan Genre Berbeza, Amir Hasan Pertaruhkan Single Terbaru Berjudul ‘Cuma Kamu’

Penyanyi Amir Hasan, 26, kini tampil dengan single terbaru berjudul ‘Cuma Kamu’. Bagi Amir, lagu tersebut tentunya mempunyai perbezaan dan keistimewaan tersendiri berbanding lagu-lagu nyanyiannya sebelum ini.

Malah, pemilik nama lengkap Amir Bin Abu Hasan itu juga merasa sungguh teruja diberi peluang menyampaikan lagu genre retro seperti yang ditampilkan dalam lagu ‘Cuma Kamu’. Justeru, dia sangat teruja untuk berkongsi buah tangan terbarunya itu kepada orang ramai.

Amir Hasan Pertaruhkan Single Terbaru Berjudul CUMA KAMU

“Genre lagu ini betul-betul berbeza. Saya rasa di Malaysia sekarang ini jarang ada lagu yang bergenre retro atau disko seperti ‘Cuma Kamu’. Ia sangat sesuai untuk memberi perasaan dilamun cinta.

“Pihak Sony Music Malaysia menghubungi saya dan menawarkan lagu yang merupakan runut bunyi rasmi (OST) bagi drama bersiri ‘Gadis EXXtra’ di Astro. Setelah mendengarkan demo, saya sangat teruja dan jatuh cinta dengan melodi dan keseluruhan lagu,” katanya.

Bercakap tentang kerjasama dengan penulis lirik dan produser ‘Cuma Kamu’ iaitu Farouk Roman, Amir yakin dengan sentuhan dan hasil kerja beliau. Lagu ‘Cuma Kamu’.

Amir Hasan Pertaruhkan Single Terbaru Berjudul CUMA KAMU

“Saya dah mengenali Farouk selama empat tahun, kami sering berdiskusi tentang rancangan untuk bekerjasama, Alhamdulillah akhirnya hasrat kami tercapai. Lagu ‘Cuma Kamu’ adalah kali pertama yang tiada pelibatan saya dalam menulis lirik dan saya memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada produser, Farouk Roman. Beliau juga sangat memahami saya dan mudah untuk bekerjasama dengan beliau.”

Amir juga kongsikan pengalaman beliau semasa sesi rakaman lagu ‘Cuma Kamu’ dan mengambarkan sesi tersebut berjalan dengan lancar, manakan tidak, Farouk Roman sememangnya dikenali komposer yang profesional.

“Alhamdulilah dalam proses menghasilkan lagu ‘Cuma Kamu’ dengan produser Farouk Roman. Selain itu, saya akui telah mengambil masa sekitar dua minggu untuk mendalami dan menghayati tetang konsep aliran lagu ‘Cuma Kamu’ agar saya dapat menyampaikan lagu ini dari hati.” Katanya lagi

Setelah mencurahkan usaha selama ini, Amir tentu mempunyai impian terhadap lagu ‘Cuma Kamu’ agar dapat diterima dan mendapat sokongan daripada peminat dan pendengar diluar sana. Saya juga berharap agar lagu ini menjadi batu loncatan untuk saya lebih mara dalam kerjaya, manalah tahu nanti ada orang yang panggil saya ‘Amir Disko’ atau ‘Amir Retro’ kerana menyanyikan lagu berkonsepkan orang lama,” selorohnya menutup bicara.

Menerusi lagu ‘Cuma Kamu’ telah membuktikan bahawa Amir Hasan mencabar beliau dari zon selesa kerana berjaya tampil dengan genre yang berbeza dari sebelum ini.

Lagu ‘Cuma Kamu’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Akaun Media Sosial Amir Hasan

Instagram: https://www.instagram.com/amrhsn_/ 

TikTok: https://www.tiktok.com/@amirhasan_ 

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCJfhiib6i5tVWVwEla-2K6w 

Amir Hasan Pertaruhkan Single Terbaru Berjudul CUMA KAMU

MENGENAI AMIR HASAN

Dilahirkan pada 26 Disember 1996, Amir Bin Abu Hasan atau lebih dikenali sebagai Amir Hasan merupakan salah seorang penyanyi yang bernaung di bawah label Sony Music Entertainment Malaysia.

Selain berbakat dalam nyanyian, Amir juga mempunyai kemahiran menulis lirik dan menggubah lagu. Oleh sebab itulah dia sering terlibat dalam kerja belakang tabir sedemikian dalam lagu-lagunya sebelum ini.

Sebelum melancarkan Cuma Kamu, Amir telah tampil dengan beberapa lagu yang mendapat sambutan baik daripada para peminatnya. Amir juga pernah menyertai pertandingan Big Stage musim ketiga seperjuangan bersama Azzam Sham, Qody Rany, Usop, Hafiz Zainal dan ramai lagi.

Memegang kerjaya sebagai artis biasanya sukar untuk seseorang itu lari daripada cerita sensasi, begitu juga dengan Amir apabila dia pernah digosipkan bercinta dengan seorang pelakon terkenal. Pada tahun 2019, Amir pernah mendedahkan dia telah menjalin cinta dengan 13 kekasih sepanjang hidupnya ketika itu.

Bukan cerita sensasi semata-mata, media tempatan melaporkan berita duka apabila bapa Amir, Abu Hasan Abdul Aziz meninggal dunia pada Mei 2020 akibat menghidap kanser limfoma.

Amir yang merupakan anak tunggal menyifatkan perkara itu sebagai satu kesedihan berat kepadanya tambahan lagi negara sedang dilanda pandemik COVID-19 yang membimbangkan ketika itu.

LIRIK LAGU

Cuma Kamu – Amir Hasan

Jingga yang melintasi

Bagai juwita yang mempesona

Ketika dia menyapa

Hati ku terpanah kan asmara

Senandungkan puisi

Berbicara hati sang pujangga

Berharap rasa ini 

Berbalaskan harap yang sama

Kemana akan kau bawa

Ku bersedia

Badai kan berlalu

Yakin hatimu padaku

Yang ku mau cuma kamu

Meski kamu masih ragu

Cinta berpijar

Dalam renungan

Kau manjaku kasihku cintaku

Selalu

Senandungkan puisi

Berbicara hati sang pujangga

Berharap rasa ini 

Berbalaskan harap yang sama

Kemana akan kau bawa

Ku bersedia

Badai kan berlalu

Yakin hatimu padaku

Yang ku mau cuma kamu

Meski kamu masih ragu

Cinta berpijar

Dalam renungan

Kau manjaku kasihku cintaku

Selalu

Badai kan berlalu

Yakin hatimu padaku

Yang ku mau cuma kamu

Meski kamu masih ragu

Cinta berpijar

Dalam renungan

Kau manjaku kasihku cintaku

Selalu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fasha Sandha Patah Tulang Sebelah Mata Kiri Sebab Terhentak di Bucu Katil

ZACK TABUDLO

Temui Zack Tabudlo & Artis Universal Music Malaysia di Music Is Universal