in , ,

Sufi Rashid Terus Mengorak Langkah Dalam IMPLIKASI

Juara Akademi Fantasia AF2015 Sufi Rashid kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan buah tangan terbaharunya Implikasi ciptaan sepenuhnya Amy Bong, Den dan gubahan muzik oleh Zimi.

Sufi Rashid

Selepas single ketiganya iaitu ‘Aku Sendiri’ menerima sambutan yang agak memberansangkan, Sufi terus yakin dan bersemangat untuk memberi kepercayaan kepada single terbaharunya iaitu Implikasi.

Tidak mengalah dengan ‘Aku Sendiri’ Pemangkin semangat Sufi Hasil Single Terbaharu 

Single ‘Implikasi’ mengisahkan tentang kisah hidup seorang remaja yang kerjaya hidupnya sedang meningkat naik namun tidak mendapat sokongan dari orang terdekat. Hidupnya semakin sukar apabila ditinggalkan kekasih dan menghadapi masalah keluarga sekaligus menyebab remaja itu hilang arah lalu menghadapi tekanan perasaan hidup.

Sufi Rashid

“Lagu Implikasi ini ternyata lain dari yang lain dari single single Sufi sebelum ini, di mana “Aku sendiri” menjadi kesinambungan “Aku Sanggup”.

Saya memilih lagu ini kerana melodinya yang mudah diingati dan bait bait liriknya sangat menyentuh perasaan, melodi ke penulisan lirik sehinggalah rakaman di studio berjalan lancar kerana saya mahukan hasil kerja yang teliti dengan mempunyai kriteria sendiri terhadap lagu yang dihasilkan serta mempunyai signature Sufi Rashid.”

– Sufi Rashid

Menurut FerosKetua Label Muzik,Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.

“Single IMPLIKASI mempunyai kekuatan tersendiri ditambah lagi dengan nyanyian Sufi Rashid sekaligus dapat membantu single IMPLIKASI untuk memberi impak kepada pendengar-pendengar diluar sana.

Sufi Rashid juga seorang yang rajin dan semangat bila melakukan sesuatu perkara dan saya yakin dengan semangat yang dia ada, single ‘IMPLIKASI’ dahirapkan akan diterima baik penggemar muzik Malaysia.”

– Feros, Ketua Label Muzik,Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd

Single ‘IMPLIKASI’ ini diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia bermula pada hari ini. 

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. 

Sufi Rashid

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sufian Suhaimi

Aksi Lawak Syuk & Sufian Suhaimi di BBB 2019 Trending di Youtube

Amir Hasan

Amir Hasan Lancar Single Kedua Berjudul GADIS YANG KU TUNGGU