in , ,

EKSKLUSIF: Amelia Henderson Teruja Dapat Nyanyi Rap Bersama Altimet

Nama Amelia Thripura Henderson bukan sahaja tersohor di Malaysia. Malah di peringkat Antarabangsa. Terima kasih untuk si ibunya yang hantar anaknya untuk berlakon iklan. Di situ bakat lakonan dicungkil. Ternyata membuahkan hasil.

Remaja berdarah kacukan ini menjadi fenomenal di ruang sosial media apabila video nyanyian rap bersahaja telah tular. Sekelip mata, nama beliau disebut-sebut.

Semasa melintasi karpet merah Anugerah Skrin 2018 yang lalu, Budiey sempat menyapa si gadis berusia 22 tahun yang amat manis ini. Orangnya sangat mesra. Malah tidak ada rasa diva sedikit pun dalam hatinya.

Alang-alang jumpa, Budiey menyua mikrofon untuk ditemubual. Dia tak ralat sedikit pun. Malah disambut dengan salam perkenalan. Lantara ini kali pertama kali berjumpa.

EKSKLUSIF: Amelia Henderson Berfesyen di ASK 2018. Rap Bersama Altimet

Antara dunia lakonan dan nyanyian, mana satu pilihan Amelia? Jawab beliau, dia masih memilih bidang lakonan dan peragaan kerana itulah cita-cita sejak kecil.

Dari kecil lagi, wajah Amelia menghiasi drama-drama tempatan. Dunia lakonan dah sebati dalam jiwanya. Malah, dia sekarang masih belajar untuk mempertajamkan kemahiran berlakon. Selain aktif di sosial media, Amelia juga suka menyanyi sebagai satu hobi di masa terluang. Tidak disangkal lagi nyanyian rap secara santai dan spontan telah menjadi tarikan. Nak jadi penyanyi rap? Why not kan kalau dah ada bakat.

Amelia mengakui merasa sangat berdebar dan neves sebab menjadi artis yang pertama perform pada malam itu. Kolaborasi bersama Altimet serta dua orang beatboxer terkenal, Raja Syahiran dan Shawn Lee cukup berbeza. Memang the boom!

Menurut Amelia, tidak lama lagi, beliau akan menghasilkan single pertama. Haaa, nantikan ya.

ASK 2018 seakan mencipta satu kemuncak di permulaannya. Tahniah Amelia! Awak rap memang hebat! Moga terus sukses!

Amelia Henderson
Amelia Henderson
Amelia Henderson

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Sebab Lagu MISTERI & PEMATAH HATI Gagal Ke SFMM33

Goyang Yuk Bersama Legenda Dangdut Malaysia