in ,

Amar Asyraf Kawal Sikap Boros Wang Dijaga Isteri

Menurut sumber portal Mstar Online, pelakon Amar Asyraf memberitahu cara dia mengawal sikap boros adalah dengan menyerahkan semua wang hasil pendapatan setiap bulan kepada isterinya.

Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 29, berkata, perkara tersebut dibuat bagi mengelakkan dia menghabiskan wang kepada sesuatu yang tidak penting.

Amar Asyraf memegang watak utama sebagai Alif

“Saya serahkan semua duit pendapatan bulanan kepada isteri untuk dia uruskan perbelanjaan setiap bulan dan saya hanya minta duit poket RM50 setiap hari. Dengan cara itu duit saya lebih terkawal dan tahu ke mana perginya. Saya seorang yang boros dan senang berbelanja dengan perkara yang tidak sepatutnya,” ujarnya kepada mStar Online selepas majlis Santai Bersama Bintang Anugerah Tribute P.Ramlee, di Paradigm Mall, Ahad.

Amar mendirikan rumah tangga dengan Arna Salleh pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Amar Taufiq pada 9 Julai 2014.

Dalam pada itu, Amar menolak persepsi negatif segelintir masyarakat yang menganggap amalan tersebut sebagai ‘queen control’ atau dikawal isteri.

Tambahnya, sejak mempraktikkan amalan itu, dia lebih banyak berjimat dan secara tidak langsung dapat berhenti daripada tabiat merokok.

“Itu bukan queen control, sejak saya lakukan amalan itu banyak dapat menyimpan untuk masa sesak terutama bila ada anak ni. Malah, saya pun sudah tidak merokok seperti dulu lagi, saya sedar merokok pun sebenarnya salah satu pembaziran,” ujarnya.

Kata Amar, sejak dikurniakan cahaya mata dia lebih mengutamakan perbelanjaan anaknya berbanding keperluan sendiri.

Sumber: Mstar Online

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

budieybuddies

Lumia 640 & Lumia 640 XL Now Available In Malaysia

Pelancaran Kredit Permainan eSports