in ,

Amar Asyraf Dalami Ilmu Agama, Sertai Jemaah Dakwah, Mahu Berubah Ke Arah Kerohanian

Ramai orang mahu berubah ke arah kebaikan untuk mengelakkan diri terus dibelenggu ‘dosa’ dan diselubungi aura negatif dalam kehidupan masing-masing.

Begitulah apa yang dilakukan oleh pelakon, Amar Asyraf Zailuddin atau lebih dikenali sebagai Amar Asyraf yang kini mula mendekati agama demi mengubah hidupnya secara positif dan memberi tumpuan terhadap aspek kerohanian.

Memetik laporan Harian Metro, Amar mengakui bahawa dia bersyukur kerana Allah masih menyayanginya sehingga memilih dirinya untuk mendalami ilmu agama.

“Sebenarnya saya yang tidak sedar saya mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Saya gagal menyempurnakan agama saya dengan baik,”

– Amar Asyraf

Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, segelintir rakan artis memang sudah lama mengajak dirinya untuk menyertai jemaah dakwah, tetapi dia sahaja yang kurang berminat.

Amar Asyraf

Namun setelah dua tahun berlalu, baru-baru ini Allah ‘memanggilnya’ dan terbuka hati untuk menyertai jemaah berkenaan.

“Saya membiarkan diri digoda syaitan. Alhamdulillah, saya akhirnya tekadkan hati dan berjaya ke program yang berlangsung di sebuah lokasi baru-baru ini. 

“Perasaan saya sukar digambarkan. Pertama, saya sedar banyak perkara yang saya tidak tahu sebagai seorang manusia,” 

– Amar Asyraf

Dalam pada itu, pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu menegaskan perubahan dirinya itu bukan kerana kontroversi yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Amar Asyraf

Terdahulu, dia terpalit dengan kontroversi apabila perkahwinannya dengan isteri kedua Vivi Jefry terbongkar menerusi pendedahan seorang wanita yang mendakwa hampir berkahwin dengan pelakon tersebut.

Pemilik nama Amar Asyraf Zailuddin itu kemudiannya menceraikan Vivi dengan talak tiga pada 4 November 2019.

Hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama Arna Salleh pada 2013, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Taufiq dan Ammara Dian.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pu Azman | 23

Filem Petaka Angkat Isu Keldai Dadah, Baca Ni Sebelum Korang Menonton di Astro First

Noraniza Idris Bunga | 24

Kolaborasi Bunga Dengan Noraniza Idris Dalam Lagu INTAN PAYUNG