in , ,

Amar Asyraf & Isteri Kedua Sah Bercerai Talak Tiga

Selepas hampir tiga tahun digantung tak bertali, peakon Amar Asyraf dan isteri keduanya, Vivy Jeffry sah bercerai talak tiga di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Memetik Harian Metro, Vivy meluahkan rasa syukur apabila konflik rumah tangga mereka selesai dengan baik dan harmoni.

“Sejak diceraikan dengan talak tiga pada 4 November 2019, proses pengesahan di mahkamah tidak dapat diselesaikan dengan cepat kerana terdapat dokumen yang tidak lengkap selain banyak perkara yang berlaku daripada pihak Amar membuatkan mahkamah tidak memberikan keputusan rasmi berhubung perceraian kami.

“Hari-hari saya lalui dengan penuh doa agar proses pengesahan lafaz cerai ini dapat diselesaikan dengan segera kerana saya mahu meneruskan kehidupan tanpa sebarang masalah. Saya sudah terlalu penat untuk menghadapi kehidupan yang tertangguh.

“Saya mahu hidup dengan tenang dan enggan menoleh segala hal yang berlaku antara saya dan Amar sebelum ini. Semuanya sudah berakhir hari ini. Saya lega apabila pengesahan lafaz cerai talak tiga sudah selesai dengan baik walaupun terpaksa menunggu dalam tempoh yang panjang,” katanya.

Amar Asyraf, Isteri Kedua Sah Bercerai Talak Tiga

Tidak bersedih mahupun kecewa dengan apa yang berlaku, Vivy berkata fokus utamanya kini adalah untuk membesarkan anak lelaki mereka, Mikhail.

“Sebelum ini, Amar ada beritahu dia akan membincangkan mengenai anak pula selepas kes ini selesai tapi saya anggap itu cuma untuk menyedapkan hati saja.

“Saya berharap dia dapat berfikir apa yang baik untuk kehidupan kerana hidup kita tak lama lambat laun kita akan pergi selamanya.

“Insya-Allah sebagai ibu saya sentiasa memberikan kasih sayang kepada Mikhail. Dia sudah bersama saya sejak isu ini berlaku dan dialah tempat saya berkongsi rasa dan cinta,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Think City Umum Program Geran RM10 Juta Ke Arah Pembangunan Ekonomi

Anugerah MeleTOP ERA Bakal Berlangsung Pada 29 Mei 2022 Di PICC Putrajaya