in

Pelancaran Kredit Permainan eSports

Hotlink bekerjasama dengan penerbit permainan dalam talian (online games) utama untuk melancarkan kemudahan Tambah Nilai Kredit Permainan pertama di Malaysia melalui Tiket Tambah Nilai Hotlink. Pelanggan Hotlink mendapat manfaat tambahan termasuk item dalam-permainan untuk League of Legends, EA FIFA ONLINE 3, Blackshot dan mata wang tambahan untuk IAH Games. Hotlink komited terhadap pembangunan eSports di Malaysia.

hotlinkgames1

HOTLINK MENCETUSKAN POPULARITI eSPORTS DENGAN PELANCARAN KREDIT PERMAINAN

Dengan perkembangan pesat industri permainan dalam talian dan menjangkakan perubahan dalam trend global permainan video sebagai satu sukan tontonan, Maxis hari ini memperkenalkan satu kemudahan tambah nilai Kredit Permainan yang baru melalui Tiket Tambah Nilai Hotlink atau cetakan terminal.

Bekerjasama dengan penerbit permainan dalam talian utama iaitu Asiasoft, CIB, Garena, IAHGames dan Cubinet, Maxis adalah syarikat telekomunikasi yang pertama yang memperkenalkan perkhidmatan yang boleh didapati untuk semua rakyat Malaysia, dengan manfaat tambahan untuk pelanggan Hotlink yang menggunakan kemudahan tersebut.

Untuk pelancaran ini, manfaat-manfaat berikut akan ditawarkan secara eksklusif kepada pelanggan Hotlink. Untuk setiap tambah nilai yang dibuat melalui Tiket Tambah Nilai Hotlink, pengguna akan mendapat:

  1. 3 hari IP + 3 hari Boost XP bagi permainan dalam talian League of Legends bernilai RM19.95. Sah untuk tiket tambah nilai sebanyak RM10 ke atas
  2. Room Name Colour Changer bagi permainan dalam talian Blackshot bernilai RM4.00
  3. 06 Golden Key bagi permainan EA FIFA Online 3 bernilai RM3.50
  4. Mana-mana permainan dari IAH Games akan ditawarkan dengan iCash (mata wang IAH Games) tambahan sebanyak 10% berdasarkan jumlah tambah nilai mata permainan yang bersamaan

Berikut adalah cara untuk menggunakan Kredit Permainan Hotlink:

Daftar untuk akaun permainan di salah satu daripada laman web rakan penerbit
Pilih ‘Payment’ atau ‘Top-up’
Pilih ‘Hotlink Top-up Ticket’ sebagai pilihan pembayaran
Log masuk atau lengkapkan pendaftaran sekali sahaja
Masukkan 16-digit & transaksi selesai

“Di Hotlink, kami fahami pasaran permainan yang mantap ini dan keperluan pemain dalam talian. Dengan pelancaran Kredit Permainan, kami membolehkan rakyat Malaysia yang gemar permainan dalam talian untuk mendapatkan akses yang lebih mudah kepada fenomena sosial ini. Kebanyakan pelanggan kami adalah pemain video (gamers), oleh itu, ini adalah nilai yang besar bagi mereka, dan mereka kini boleh menggunakan Tiket Tambah Nilai Hotlink untuk kegunaan lain, selain daripada hanya tambah nilai masa keudara. Rangkaian pengedaran Hotlink kami yang melebihi 14,000 titik-sentuh di seluruh negara juga merupakan kelebihan yang signifikan,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna Maxis.

Industri permainan dalam talian telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat baru-baru ini. Pada tahun 2016, saiz pasaran permainan global diramalkan akan mencapai USD86.1 bilion. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, terdapat juga satu perubahan dalam trend dimana permainan video kini dipopularkan sebagai sukan tontonan, atau eSports, yang telah mengalami lonjakan dalam pertumbuhan. eSports menggabungkan pengalaman permainan berbilang pemain dengan sukan fizikal dunia fana. Pada akhir 2014, empat francais permainan kini telah mempunyai acara eSports dengan jumlah hadiah lebih daripada USD1 juta: League of Legends, DoTA2, Call of Duty dan SMITEla

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.hotlink.com.my/games

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amar Asyraf Kawal Sikap Boros Wang Dijaga Isteri

Sofea Jane Dalam Telemovie Ikan Singgang Cicah Budu