in , ,

Amanda Misbun & Ana Dahlia Dalam Slot Kasih TV2

TV2 Perkenal Slot Kasih Yang Menyiarkan Telemovie-Telemovie Terbaik

Bertujuan memberikan teladan dan pengajaran seterusnya mendidik nilai-nilai murni kepada penonton, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenalkan slot terbaharu, Kasih yang bakal menemui penonton saluran TV2.

Disiarkan setiap hari Sabtu, jam 10.00 pagi, slot ini menampilkan plot kisah menarik selain menjanjikan kemunculan pelakon terkenal Zul Huzaimi, Aida Khalida, Siti Fazurina, Farahdhiya, Amanda Misbun dan Ana Dahlia membintangi drama-drama berbeza sepanjang bulan Januari ini bermula dengan telemovie Surat Terakhir (14 Januari), Bila Limau Kasturi Menguning Lagi (21 Januari) dan Bintang (28 Januari).

Slot Kasih

Surat Terakhir lakonan Zul Huzaimy, Syed Ali, Amanda Misbun, Aida Khalida, Rashid Jaafar dan Ana Dahlia berkongsi kisah Rizal yang baru pulang daripada luar negeri membawa segulung ijazah. Kepulangannya disambut dengan berita kematian bakal tunangnya yang membuatkannya sedih dan terasa kehilangan. Apatahlagi mengenangkan surat terakhir dihantar kepada bakal tunangnya adalah untuk membatalkan pertunangan.

Mungkinkah disebabkan surat itu bakal tunangnya membunuh diri? Tetapi suara ramai mengatakan kematian bakal tunangnya adalah kemalangan, sebelum mereka semua tahu hal sebenarnya, surat terakhir itu harus dicari dan dimusnahkan. Pada masa pencarian surat terakhir itu, dia mendapati bahawa kematian bakal tunangnya bukanlah bunuh diri ataupun kemalangan tetapi rupanya dia dibunuh.

Mengisi slot sama kemudiannya sebuah drama menarik bertajuk Bila Limau Kasturi Menguning Lagi yang berlatarkan kisah sambutan perayaan. Ia disiarkan khas sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal diraikan kaum Tionghua pada 23 dan 24 Januari depan.

Kisah Yasmin yang terpaksa berdepan dugaan dan cabaran apabila melangkah ke alam pekerjaan setelah berkerja di syarikat milik Datin Jenny Chin mengisi babak-babak menarik dalam telemovie Bintang lakonan Siti Fazurina, Farahdhiya, Mandy Chong, Jason Chong, Hung Shen dan Shashitaran.

Kehadiran Yasmin kurang disenangi Zara, salah seorang pekerja syarikat sama yang seringkali diangkat sebagai pekerja terbaik setiap bulan hingga diberikan ‘bintang’penghargaan. Namun sikapnya itu hanyalah pura-pura kerana dia sebenarnya tidak jujur dalam kerja dan suka bermuka-muka dengan Datin Jenny.

Takdir menentukan Datin Jenny jatuh sakit. Sejak itu Yasmin hadir untuk membantu menguruskan syarikat tersebut bersama Siva. Namun tugas mereka bukanlah mudah apabila Zara mula menunjukkan belangnya dan sentiasa cuba menabur fitnah termasuklah menuduh Yasmin dan Siva bercinta kerana bertugas hingga tengah malam di pejabat.

Konflik sampai di kemuncaknya apabila Zara cuba meracuni fikiran rakan kongsi Datin Jenny dengan hasrat dia dapat menjatuhkan majikannya itu sekaligus mengambil alih tugas menguruskan syarikat tersebut. Mujur ketika itu muncul Henry, anak tunggal Datin Jenny yang sanggup mengetepikan pengajiannya dan berhasrat mengambil alih syarikat ibunya itu.

Dengan bantuan Yasmin dan Siva, Henry mula mengusahakan perniagaan ibunya itu. Zara pula cuba sedaya upaya untuk menggoda Henry demi mencapai hasratnya mendapat tempat dalam syarikat itu.

Saksikan slot Kasih yang menyajikan telemovie-telemovie terbaik hanya di TV2.

Slot Kasih

Slot Kasih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Pertunangan Pelakon Puteri Chichi

Tayangan Filem Hebat dalam Slot Sinema