in ,

Ikuti Pengalaman Altimet & The Kawan Band – KELILING DUNIA

Menyusuli kejayaan besar Altimet dalam single sebelum ini, “Amboi”, single terbaru yang berjudul “Keliling Dunia” yang sebahagian besar diinspirasikan semasa jelajah 2016 beliau ke Eropah dan USA untuk South by Southwest (SXSW).

Altimet & The Kawan Band - KELILING DUNIA

“Keliling Dunia” mendapat sentuhan komposisi oleh Navin D’Navigator dan lirik ditulis oleh Altimet sendiri. Lagu yang berentak rancak dan ‘jazzy’ dirakamkan secara langsung bersama alat-alat muzik yang dimainkan oleh ahli-ahli kumpulan The Kawan Band.

“Kami (Altimet & The Kawan Band) banyak menjelajah di peringkat antarabangsa, maka kami mencapai kata sepa- kat untuk menghasilkan sebuah lagu yang menggabungkan genre hip-hop dengan alat-alat muzik ‘live’. Setelah bertungkus-lumus bersama semua ahli The Kawan Band di studio, “Keliling Dunia” adalah hasil sulung dari eksperi- men ini”. – Altimet.

“Keliling Dunia” boleh didapati di iTunes dan semua platform digital yang lain. Tontoni muzik video rasmi di laman sesawang Altimet di http://altimet.com.my

TENTANG ALTIMET
Altimet seorang perintis dalam dunia hip-hop, penyanyi dan penghibur dari Kuala Lumpur, Malaysia. Suara beliau yang unik dan “flow” yang pasti mudah dikenali diiringi lirik lagunya yang kadangkala “pedas” berjaya menambat hati ramai pendengar di luar sana dari segenap lapis usia, darjat dan bangsa. Album sulung beliau, “Kotarayaku” menempa sejarah apabila lagu “Kalau Aku Kaya” memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke-28.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rezeki Alia di Pentas CLEVER GIRL MALAYSIA Tamat

Lirik KELILING DUNIA Altimet & The Kawan Band