in

Rezeki Alia di Pentas CLEVER GIRL MALAYSIA Tamat

Prestasi kesemua 13 orang peserta Clever Girl Malaysia semakin meningkat pada minggu kedua yang telah berlangsung pada Jumaat lepas. Kali ini, giliran Shaza dari Kelantan pula untuk menarik nafas lega apabila dia berjaya merangkul Juara Mingguan serta membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan diberikan Imuniti daripada penyingkiran.

Para penonton juga telah menyaksikan dua peserta yang berjaya meraih markah tertinggi iaitu Mas (Wilayah Persekutuan) dan Shaza (Kelantan), bertarung antara satu sama lain untuk menjadi juara di minggu kedua. Namun, Shaza yang merupakan seorang mahasiswi dalam bidang perubatan mampu mengawal takdirnya apabila dia berkemampuan untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan bidang perubatan dengan tangkas sekali.

12 Peserta Clever Girl Malaysia Yang Tinggal

Wakil Negeri Melaka Menamatkan Perjuangannya Di Minggu Kedua

Pada masa yang sama, Alia (Melaka) dan Emyllia (Terengganu) pula berada di tempat paling corot dan kedua-dua peserta ini telah bersaing dalam Pusingan Penyingkiran untuk terus kekal di pentas Clever Girl Malaysia. Dalam pusingan ini, Alia tidak dapat menjawab soalan-soalan yang ditujukan dengan tepat. Oleh itu, Alia telah diumumkan tersingkir secara automatiknya.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak produksi Clever Girl Malaysia kerana memberi saya peluang untuk menjadi wakil negeri Melaka. Alhamdulillah, banyak pengalaman baharu dan menarik yang telah saya pelajari sepanjang berada di program ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada 12 orang peserta yang lain,” kata Alia.

Program Clever Girl Malaysia yang dihoskan oleh Alif Satar ini merangkumi tiga segmen utama. Dalam Pusingan Pertama, para peserta perlu menjawab 10 soalan, di mana setiap soalan bernilai 5 markah. Sementara itu, markah bagi Pusingan Kedua pula adalah antara 10 hingga 100 markah, dan ianya berbeza mengikut soalan-soalan yang telah ditentukan.

Untuk Pusingan Juara Mingguan, dua peserta yang berada di kedudukan teratas akan berentap untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan pantas. Peserta yang berjaya di dalam Pusingan Akhir ini akan membawa pulang hadiah mingguan serta diberi Imuniti.

Dua peserta dengan markah terendah harus bersaing dalam Pusingan Penyingkiran, di mana mereka mungkin akan dinilai menerusi ketangkasan dan kemahiran mereka untuk menyelesaikan ujian IQ. Seorang peserta yang berjaya menyelesaikan soalan dengan paling tepat akan terselamat daripada tersingkir.

Program Clever Girl Malaysia juga menyediakan talian hayat yang memberi peluang kepada para penonton unruk mengambil bahagian dalam program ini dengan membantu para peserta menjawab soalan-soalan yang sukar di Pusingan Penyingkiran. Terdapat satu cara untuk melakukan demikian iaitu menerusi laman web www.tv3.com.my/clevergirl.

Para Peserta Clever Girl Malaysia Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Alia

Dengan melayari www.tv3.com.my/clevergirl, para penonton akan dibawa ke skrin yang memaparkan soalan tersebut dan boleh memilih jawapan objektif A,B,C atau D.

Lebih menarik lagi, Clever Girl Malaysia musim kedua ini dibawakan khas oleh Sayangku Ratna, keluaran Serai Mas, Jangan Berhenti Memuji selaku penaja utama. Program ini turut menampilkan Nin Jiom, Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak sebagai penaja bersama, dan disokong oleh tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan New Straits Times sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio.

Berikut ialah senarai para peserta Clever Girl Malaysia musim kedua:

Nama Negeri
Sara Amelia Binti Muhammad Bernard (Sara, 24 tahun, Asasi Psikologi Ekonomi & Matematik) Perak
Hani Nazrina Binti Hanizar (Hani, 21 tahun, Usahawan & Graduan Sains Aktuari) Perlis
Noor Syakirah Binti Mohd Azam (Kiera, 27 tahun, Usahawan & Graduan Sains Kejuruteraan) P.Pinang
Vishebannu A/P Krishnan (Visha, 22 tahun, Mahasiswi Perundangan) Johor
Nur Iylia Binti Badaruddin (Iylia, 27 tahun, Mahasiswi Perakaunan) Kedah
Fadila Zukaira Binti Mohd Nor (Fadila, 24 tahun, Mahasiswi Pendidikan) N.Sembilan
Mas Syahmi Izzah Binti Izhar (Mas, 24 tahun, Mahasiswi Kejuruteraan Mekanikal) W.Persekutuan
Nurul Shazalina Zainudin (Shaza, 30 tahun, Mahasiswi Perubatan)   Kelantan
Nur Emyllia Binti Halmi (Emyllia, 28 tahun, Eksekutif Pemasaran & Graduan Sains Kimia)                                                                                                                       Terengganu
Syafiqah Binti Ishak (Ika, 30 tahun, Usahawan & Mahasiswi Keusahawanan) Sabah
Shazana Binti Kamarnzaman (Shazana, 24 tahun, Mahasiswi Perubatan) Selangor
Camellia Binti Onn (Camy, 28 tahun, Ahli Geologi) Sarawak

Krew penerbitan diketuai oleh Nazatul Fariz Mohd. Aziz sebagai penerbit eksekutif dan Shazreena Mohd. Kassim sebagai penerbit.

Siapakah antara 12 orang gadis ini layak menjadi “Clever Girl” yang seterusnya? Marilah ramai-ramai berikan sokongan kepada wakil negeri anda dalam Clever Girl Malaysia yang bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Jumaat selama satu jam bermula dari pukul 9.00 malam – 10.00 malam, hanya di TV3! Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton pada hari tersebut, anda juga boleh menonton siaran ulangan pada setiap hari Khamis, pukul 2.00 petang.

Selain itu, pelbagai hadiah menarik turut boleh dimenangi oleh para penonton di rumah yang ingin merasai pengalaman menjawab kuiz seperti 14 peserta program ini. Anda boleh menyertai kuiz mingguan ini dengan melayari laman web www.tv3.com.my/clevergirl.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/clevergirl dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Meriahkan lagi dunia maya Clever Girl Malaysia dengan hashtag #clevergirlmy di laman media sosial anda. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Mas (Wilayah Persekutuan) Dan Shaza (Kelantan), Bertarung Antara Satu Sama Lain Untuk Menjadi Juara Di Minggu Kedua

Clever Girl Malaysia 2

Clever Girl Malaysia 1

Alia, Wakil Negeri Melaka Menamatkan Perjuangannya Di Minggu Kedua

Alia (Melaka) Dan Emyllia (Terengganu) Pula Berada Di Tempat Paling Corot Dan Kedua-Dua Peserta Ini Telah Bersaing Dalam Pusingan Penentuan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Yang Anda Patut Tahu Tentang Lagu Tema KL2017 – BANGKIT BERSAMA

Ikuti Pengalaman Altimet & The Kawan Band – KELILING DUNIA