Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Al-Manna & Ustaz Elyas Ismail Bergabung Dalam Lagu AJARKAN AKU SETIA

Pada hari Sabtu yang indah cerah minggu lalu, Budiey diberi peluang oleh vokalis kumpulan nasyid Al-Manna, Muhammad Firdaus untuk mendengar buat pertama kalinya sebuah lagu terbaru gabungan Al-Manna bersama seorang pendakwah bebas iaitu Ustaz Elyas Ismail berjudul AJARKAN AKU SETIA

Kalau Anuar Zain perkenalkan lagu Ajari Aku, Al-Manna dan Ustaz Elyas Ismail pula memperkenalkan AJARKAN AKU SETIA yang mempunyai mesej ketuhanan menceritakan tentang kesetiaan dan istiqomah seorang hamba berada teguh berdiri di jalan Allah.

Setelah mendengar lagu ini, apa yang boleh Budiey katakan lagu ni memang sedap didengar sebab elemen muzik dan iramanya mempunyai nilai komersial, ada sedikit tempias irama dari Indonesia, tapi apa-apa pun, memang naik bulu roma juga apabila mendengar lagu ni… Budiey percaya, lagu ini ada aura tersendiri, irama lagu ni mendayu-dayu dan Budiey rasa cukup terharu dan sebak menghayati mesej lagu ni. Syabas Al-Manna. Semoga lagu AJARKAN AKU SETIA dapat menaikkan nama Al-Manna di dunia seni hiburan nasyid negara.

Nantikan single terbaru Al-Manna bertajuk AJARKAN AKU SETIA menampilkan Ustaz Elyas Ismail (Tanyalah Ustaz TV9) . Single ini akan turut termuat di dalam album terbaharu Ustaz Elyas Ismail terbitan UNIC DOT MY PRO.

Insyaallah, lagu ini ciptaan sepenuhnya, Bazli UNIC akan dapat didengari di Spotify tak lama lagi.

Dijangkakan album ini dilancarkan pada bulan ini. Jangan lupa untuk dapatkan album ini dan jangan lupa juga untuk request lagu ini di radio-radio, okay.

Semoga Al-Manna terus maju di masa depan.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version