in ,

Aliff Syukri Nak Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Berita perletakan jawatan Perdana Menteri pada hari ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen kerana tidak menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku. Namun terdapat beberapa individu yang cuba menghiburkan suasana antaranya jutawan kosmetik terkenal, Aliff Syukri.

Hari ini negara digemparkan mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan yang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanapun, Muhyiddin akan menjalan sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Aliff Syukri Nak Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Mengambil kesempatan tentang isu hangat diperkatakan negara itu, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik foto borang permohonan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Menerusi entri tersebut, Aliff turut mengatakan jika ada rezeki tidak kemana serta berseloroh meminta orang ramai mendoakan agar segalanya dipermudahkan.

Aliff Syukri Nak Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang terhibur dengan posting tersebut. Malah ada yang bergurau mengatakan jika mahu jadi PM suara kena merdu.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagatnya.

Namun, nombor kad pengenalan yang tertera pada borang itu pula yang menjadi perdebatan hebat di kalangan netizen di ruangan komen.

Ramai yang menegur tindakan Aliff Syukri yang kelihatan sengaja berkongsi nombor kad pengenalannya.

Walau bagaimanapun beberapa netizen yang peka dengan setiap nombor itu memberitahu bahawa nombor belakang sepatutnya ganjil bagi lelaki.

Entri tersebut turut mendapat reaksi ibunya, Bonda Rozita yang turut terhibur serta mengatakan anaknya itu seolah cari pasal dan memuat naik perkongsian yang boleh mengundang kecaman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tauke Nafi Bawa Alat Seks, Hanya Petai & Rambutan Untuk Isteri

Astro Sambut 25 Tahun Berkhidmat Untuk Rakyat Malaysia dengan Tema Kita Teguh Bersama