in , ,

Tauke Nafi Bawa Alat Seks, Hanya Petai & Rambutan Untuk Isteri

Susulan penahanannya bersama seorang wanita di Kuala Pilah, pelbagai cerita mengenai pelawak itu mula memenuhi ruang internet hingga dia menyifatkan tuduhan itu sebagai satu kisah yang melucukan.

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pelawak terkenal Tauke Jambu apabila terpalit dengan kontroversi kes pemerdagangan manusia untuk tujuan seks.

Mengakui dia ditahan polis bagi membantu siasatan kes tersebut, bagaimanapun Tauke berkata dia tiada kaitan dengan aktiviti tersebut dah sudah pun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

TAUKE

Berikutan penahanan itu, peralatan seks dikatakan telah ditemui di dalam keretanya. Tampil menafikan perkara itu, Tauke berkata dia hanya membawa buah tangan untuk isterinya iaitu rambutan dan petai.

Tambah Tauke lagi, penjelasan itu dibuat kerana dia tidak sanggup melihat lebih ramai lagi netizen mendapat ‘dosa kering’ kerana bercakap mengenai sesuatu yang tidak benar mengenai dirinya

Berikutan itu, pelawak tersebut telah  mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia hiburan selepas kisah mengenainya mula tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

“Akibat peristiwa ini saya terpaksa undur diri dalam industri hiburan. Bukan kerana merajuk tapi sebab-sebab lain..saya rasa cukuplah setakat ini,”

– Tauke

Tambahnya lagi dia tidak berkecil, namun merasakan cukup setakat ini sahaja perjalanannya di dalam industri hiburan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Muhyiddin Umum Letak Jawatan, Ini Yang Terjadi di Instagram Anwar Ibrahim

Aliff Syukri Nak Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-9