in

Aksi Spontan dalam Oblivious

OBLIVIOUS – Aksi spontan dalam ‘Oblivious’ hanya di 8TV

TARIKH SIARAN: 29 SEPTEMBER 2010
HARI SIARAN: RABU
WAKTU SIARAN: 9.30 PM
TEMPOH: 30 MINIT
EPISOD: 20 EPISOD
BAHASA: INGGERIS

Ini bukan rancangan prank. OBLIVIUOS merupakan rancangan permainan yang mengandungi kamera tersorok yang anda tidak ketahui! Pengacara OBLIVIUOS yang melakonkan pelbagai watak akan memilih sesiapa saja yang beliau mahu dan mereka akan disoal tanpa mengetahui yang perbualan dan aksi mereka sedang dirakam.

Peserta yang bertuah itu akan dipilih oleh pengacara OBLIVIUOS, Regan Burns tidak kira sama ada di tepi jalanan, dalam teksi, di restoran, di bank atau di kedai kecantikan. Peserta akan diberi 5 soalan atau suatu tugasan dan jika mereka menjawab soalan dengan betul dan dapat menyelesaikan tugasan yang diberi, mereka akan memenangi wang tunai bernilai $20!

rsd-1

Salah satu segmen dalam rancangan ini, peserta akan diberi masa untuk menjawab soalan sebanyak yang mungkin dalam masa 60 saat. Sekali lagi, mereka akan memenangi wang tunai bernilai $20 untuk setiap jawapan yang betul. Di akhir permainan ini, mereka akan berpeluang menerima wang tunai bernilai $100 sekiranya dapat menjawab soalan bonus!

Dalam segmen “lighting round”, peserta harus bertukar peranan iaitu peserta harus berlakon menjadi seperti pengacara tersebut dan menyoal orang awam lain dengan 5 soalan. Untuk setiap soalan yang ditanya, mereka akan menerima $20 jika betul dan jika peserta yang menjawab soalan itu dengan betul, peserta yang berlakon itu tadi akan menerima $100 manakala peserta baru akan menerima $20.

rsd-2

Permainan ini mudah dan sangat melucukan. Soalan yang ditanya juga senang! Mereka akan disoal mengenai tajuk budaya pop dan seni halus sehinggalah politik dan hiburan. Mereka yang menjawab soalan dengan betul akan memenangi wang tunai! Kadangkala Regan Burns akan menghadiahkan sahaja wang itu dan terus meninggalkan peserta terkontang-kanting dan ada kalanya hadiah tersebut akan ditinggalkan di tempat yang tidak sesuai!

Regan Burns yang dikenali ramai sebagai pelawak yang bagus boleh menjadi sesiapa sahaja. Baik sebagai pengurus pam minyak yang akan menyoal penunggang motosikal, dia juga boleh menjadi pelayan bar atau tukang cuci rambut yang akan menyoal pelanggan semasa proses mencuci rambut dijalankan.

“Rancangan 30 minit ini pasti akan membuat anda ketawa sepanjang rancangan ini ditayangkan. Walaupun soalan yang ditanya itu agak mudah pengacara rancangan ini cukup pandai membuat penonton terhibur,” ulas Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim. Tambah Kim, “Rancangan ini sangat bagus bagi mereka yang ingin menghilangkan rasa tekanan selepas seharian berkerja.”

Saksikan OBLIVIUOS yang mula bersiaran pada 29 September 2010, setiap Rabu jam 9.30 – 10.00 malam secara eksklusif di 8TV.

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program menarik di 8TV dengan melayari mobile.8tv.com.my hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda atau layari laman sesawang rasmi 8TV www.8tv.com.my / www.tonton.com.my.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Food Tech New Series

Audition Ultimate Power Star 2011