in

Aksi Pertarungan Ekin Cheng Dalam Heavenly Mission

Radio Televisyen Malaysia sentiasa menghiburkan penonton setianya dengan pelbagai rangkuman dan susunan filem-filem menarik samaada berunsurkan komedi penuh gelak tawa, filem berlatar kekeluargaan yang menyentuh jiwa selain filem pertarungan penuh bertenaga dan banyak lagi himpunan filem-filem yang ditayangkan melalui slot Golden Dragon setiap hari Khamis di TV2.

Filem aksi lincah lakonan pelakon hebat Ekin Cheng dalam Heavenly Mission ini membawakan kisah Polis Superintenden Sung Kwok Ming yang kembali ke Hong Kong setelah mengikuti latihan di USA. Misi baru beliau adalah menubuhkan “Kumpulan Projek Istimewa” dan mengetuai kumpulan itu bersama Hui Sheung Kei untuk bekerjasama dalam siri aksi dan penyiasatan kumpulan-kumpulan kongsi gelap. Sasaran utama Sung adalah ketua kumpulan kongsi gelap berpengaruh, Yip Chow dan seorang lagi ketua kongsi gelap yang sangat lincah bernama, Gwai Jai.

Yip Chow yang baru dibebaskan daripada tahanan penjara selama 8 tahun di Thailand telah pulang ke Hong Kong dan berazam untuk mengubah dirinya daripada kesilapan lalu dan menubuhkan empayar baru dalam dunia perniagaan. Dalam pada masa itu, Gwai Jai bimbang akan kuasa empayar yang bakal dibina oleh Yip hanya akan mengancam keuntungan dan meranapkan kuasa dan pengaruh perniagaannya.

Disebabkan hal itu, Gwai Jai tidak henti-henti menyusun pelbagai rancangan untuk menandingi perniagaan dan strategi dunia perniagaan Yip Chow. Sung yang menyedari rancangan Yip Chow dan Gwai Jai, telah merancang dan memerhati pergerakan kedua-dua suspek dan berharap dapat memperolehi bukti jenayah yang kukuh dan seterusnya berjaya menahan mereka atas kesalahan jenayah yang dilakukan.

Gwai Jai mengugut Yip Chow untuk mengikat satu perjanjian besar-besaran di Thailand. Setelah Sung Kwok Ming mengetahui akan rancangan besar-besaran mereka, beliau bergegas ke Thailand bagi menghalang perjanjian jenayah mereka itu.

Pertarungan hebat yang melibatkan hidup dan mati antara pihak berkuasa polis dan ketua-ketua kongsi gelap itu hanya akan diketahui aksinya dalam filem kantonis Heavenly Mission arahan James Yuen lakonan Alex Fong, Ng Ka Lung, Ekin Cheng dan Fung Tak Lun yang akan ditayangkan pada Khamis ini 28 Januari 2010 pada jam 10.30 malam di TV2.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Teater Kompilasi Vol. 3 TANDA

Drama Air Mata Elly Mazlein dan Almy Nadia Dalam Ranjau Berduri